why?

1 1 0
                                    

''meydita kau dari mana?'' tanya mira setelah melihat meydita yang baru masuk ke kelas

''ah? dari-''

''hei meydita, kenapa ini ada di belakang kau?'' potong roy dari belakang meydita sambil menggambil sehelai kertas dari belakang meydita

''ada apa? kertas apa tu?'' mira ikut tertanya-tanya setelah melihat kertas yang sedang dibaca oleh roy

CALL ME IF YOU NEED ME AT NIGHT

seperti itulah yang tertulis di kertas tersebut dengan beberapa pelekat yang berunsur seksual

''mereka masih ganggu kau ka!'' geram mira selepas melihat isi kandungan kertas tersebut

mata meydita mula memerah namun dia cuba bersikap tenang agar tidak merisaukan rakannya. Beberapa orang sempat tertawa membaca kertas itu sebelum roy mengambil kertas tersebut dari belakang meydita

''ini semua tidak akan terjadi kalau bukan sebab alex!'' roy mengepalkan tangannya dengan kertas tersebut

''alex? apa kena mengena dengan alex?'' meydita mula hairan dengan ekspresi yang diberikan oleh dua rakannya itu

''ditaa, alex lah penyebab kau dibuli oleh mereka! sepatutnya kita tidak perlu bergaul dengan dia lepas tahu siapa dia sebenarnya'' dengus mira

''sebentar, apa yang kamu cakap ni?''

FLASHBACK

seminggu yang lalu

'' arh macam mana ni, baru penggal pertama keputusan saya sudah begini'' rengek mira setelah keluar dari kolej

''tenanglah, kita masih ada banyak penggal lagi biasalah tu keputusan begitu kan kita baru masuk alam kolej ni'' kekeh roy yang berjalan disebelah mira

''ya bolehlah kau cakap begitu, kau dengan meydita dapat keputusan yang cantik keputusan saya ni macam tidak pernah belajar''

''lain kali masa ulang kaji tu belajar bukan gosip pasal orang'' Roy kekeh sambil mengeluarkan telefonnya

''ish kau ni bukan mau tolong malah menjengkelkan lagipun bukan saya seorang ja yang bergosip meydita yang mahu tahu saya bagitahulah''

''tapi lepas kau bagitahu dia mula belajar kan kau? kau sambung bergosip dengan alex'' kekeh lagi roy yang buat mira malas mahu berkata-kata dengan roy

''oh ya, sebut pasal alex kau tahu apa yang dia sudah buat?'' roy menyimpan kembali telefonnya dan mula menatap mira yang sedang kesal

''mau bawa orang gossip la tu'' mira berkata tanpa memandang roy yang menahan gelakknya

''sudah-sudahlah marah tu, ini penting sebab berkaitan dengan sebab meydita diganggu''kekeh roy

mira yang mendengar nama meydita mula menunjukkan ketertarikannya dengan pertanyaan roy

''kenapa dia? alex sudah berjumpa dengan orang yang ganggu dita?''

roy hanya mengangguk kepala menjawab pertanyaan mira

''jadi apa yang berlaku? alex bergaduh dengan mereka? atau mereka mula takut dan tidak menganggu meydita lagi''

roy memandang lama mira sebelum menjawab pertanyaan mira

''jawablah bukan tengok ja''

''dialah penyebab sebenar meydita diganggu, tidak, dialah orang yang menyuruh mereka menganggu meydita''

mira tidak dapat berkata dan hanya menatap roy dengan hairan, mereka berhenti di perhentian bas yang berada tidak jauh dari kolej mereka

''saya juga baru tahu hal ini semalam selepas saya dalam perjalan pulang dari café saya melalui lorong kecil untuk lebih cepat sampai ke rumah tapi tidak sangka saya terdengar perbualan beberapa orang di yang lalu tidak jauh di hadapan saya, saya mahu mengendahkan saja tapi bila melihat orang itu adalah orang yang mengganggu meydita saya cuba kejar untuk bertanya pada mereka tapi saya terhenti dan mula bersembunyi bila melihat mereka berjumpa dengan alex.''

roy berhenti sejenak dan duduk di tempat perhentian bas itu begitu juga dengan mira

''mula-mula saya fikir dia akan meminta mereka berhenti menganggu meydita tapi ternyata dia memberikan arahan pada mereka untuk menganggu meydita dengan cara yang lebih kasar dia siap memberikan sampul yang tebal kepada mereka, mendengarkan itu saya cuba menahan diri dari berdepan dengannya sebab saya melihat terdapat beberapa orang yang sepertinya bukan pelajar kolej bersama-sama dengan alex''

''alahh, cakap ja kau takut dengan mereka'' kekeh mira sebentar sebelum melihat roy yang mula menatapnya dengan datar

''bukan takut cuma masih berfikiran waras, takkanlah saya mahu berdepan dengan dia begitu saja tanpa dengar apa-apa penerangan dari dia sebab dia telah menipu kita dan menjadi dalang meydita diganggu'' roy memandang mira dengan tajam

''gurau pun susah haih, tapi ih geramnya rupa-rupanya dia yang buat meydita begitu sangat bertalam dua muka tapi kenapa juga dia mahu buat meydita begitu selama ini saya ingatkan meydita diganggu gara-gara dia tidak sengaja menjatuhkan minuman di baju salah seorang yang mengganggu meydita''

''saya pun pelik kenapa dia mahu buat begitu padahal selama ini okay ja dia dengan kita''

''yang pasti saya mahu tunggu penjelasan dari dia sebelum saya sendiri yang tanya''

END FLASHBACK

.

''sekarang sudah seminggu dan dia masih belum jelaskan apa-apa malah menghindar dari kita'' mira mengepalkan tangannya sambil menatap pintu kelas mereka seakan menunggu kedatangan alex

''tapi kenapa'' meydita tidak dapat menyangka kalua alex adalah penyebab dia diganggu selama 3 minggu ini

selama meydita diganggu dia hanya membiarkannya atas sebab balasan dia menjatuhkan minuman di baju mereka, mira sudah berkali-kali meminta meydita untuk melaporkan hal ini kepada pensyarah mereka kerana sudah melampaui batas menganggu meydita selama 3 minggu namun meydita hanya mengendahkan nasihat mira dan membiarkan dirinya dibuli

''serius dita kita perlu memberitahukan hal ini dengan pensyarah kita'' jelas roy

''tapi kita tiada bukti untuk tunjukkan kalua alex yang mengarahkan mereka'' kata meydita dengan sedikit risau

''sekurang-kurangnya kita boleh beritahu yang kau diganggu dengan mereka dita'' kini mira cuba menyakinkan meydita lagi

''tidak mira, kita mesti tahu alasan alex buat semua ini dahulu''

mira hanya mendengus dengan kesal mendengar jawapan meydita

'kenapa lex, apa yang berlaku?'

.

.

''mark pinjam laptop kau sekejap saya mahu hantar manuskrip dengan penerbit saya guna email'' deasy yang baru datang ke perpustakaan itu membuatkan ketiga rakannya menoleh memandang deasy

''ah boleh'' mark segera memberikan laptopnya

deasy mengambil tempat duduk bersebelahan mark, mary yang duduk di hadapan deasy menatap deasy dengan pandangan yang sukar dijelaskan

''yo deasy setelah lama kau hilang dari kelas, kau datang pinjam laptop dari mark tanpa menegur kami dua ni'' gurau Kenny

''ah, hai'' deasy hanya menegur mereka tanpa melihat mereka

Kenny hanya mengelengkan kepala

''kau dari mana?'' kini mary mula bersuara

''tandas''

''tandas? 2 jam dalam tandas?'' celah Kenny

deasy selesai menghantar manuskripnya dan mengembalikan laptop mark, dia memandang Kenny dan mary secara bergantian yang sedang menatapnya menunggu jawapan

''say-''

''deasy!'' panggil seseorang yang baru masuk ke perpustakaan itu

semua orang memandang orang itu dan deasy kerana orang itu telah meninggikan suaranya di dalam perpustakaan, setelah meminta maaf dengan orang-orang di sekitar dia kembali menuju ke tempat di mana deasy berada

''kenapa kau pergi, daniel tunggu kau di sana'' kata orang itu sambil cuba mengambil nafasnya kembali setelah berlari mengejar deasy ke perpustakaan

serentak mary, Kenny dan mark memandang deasy dengan penuh tanda tanya, deasy yang telah menjadi tempat perhatian rakannya langsung terkaku sambil memandang orang itu

Time do Change us[ON HOLD]Where stories live. Discover now