painful

1 1 0
                                    

''rene, kau dengan deasy masih banyak kerja kah?''

''banyak tu memang banyak, tapi saya balik awal hari ini sebab ada makan malam dengan keluarga saya kenapa?'' soal irene

''oh, jadi deasy masih di tempat kerja lah?''

''dia belum balik kah? jam 7:50 habis sudah masa kerja tu, takkanlah dia masih di sana. Kau sudah telefon dia ka mary?''

''mestilah sudah tapi tidak kena angkat, sekarang saya di rumah dia mahu hantar barang tapi dia belum balik. Saya ingatkan dia dengan kau'' ujar mary yang mula gusar

''jam 9 malam syarikat kami tutup tu, tiada siapa dibenarkan masuk termasuk pekerja mungkin dia masih di sana sebab banyak kerja kami tadi''

''ya haraplah dia di sana rene, sebab sekarang mahu jam 9 sudah ni mesej saya pun dia belum balas''

''tidak apa, nanti saya tanya tu ahli sihir kalau deasy masih di sana'' kekeh kecil mary bila mendengar irene memanggil seseorang dengan sebutan 'ahli sihir'

''oh, haha perempuan tu baiklah nanti kau roger-roger saja saya''

''okay, saya cuba telefon dia dulu''

''okay bai''

mary langsung mematikan panggilan itu, dan melihat dua manusia yang berada di hadapannya

''irene tidak sama dia?'' soal agatha dan hanya dibalas dengan gelengan kepala dari mary

''tapi dia kata nanti dia tanya rakan kerja dia kalau deasy masih di tempat kerja'' ucap mary

''ohh'' serentak agatha dan meydita menjawab mary

.

Sekali lagi suzy dikejutkan dengan tindakan deasy yang sedang menghulurkan tangan kepadanya untuk menolong dia berdiri

''tangan pun pandai penat mahu menunggu'' sindir deasy pada suzy yang hanya melihat tangannya yang dihulurkan untuk membantu suzy

dengan ego yang masih menguasai suzy, dia menepiskan tangan deasy dan berdiri dengan sendirinya

''ingatkan tidak tahu cara mahu berdiri sudah'' sindir deasy lagi membuatkan suzy menatapnya dengan tajam

''hello? saya bertanya ini'' serentak deasy dan suzy memandang shafiq yang sedang melambai-lambaikan tangannya

''maaf, saya pantang tidur saya diganggu jadi saya tidak sengaja melemparkan buku itu tadi'' ujar deasy sambil mendekati shafiq dan mengutip semula buku yang dilemparnya tadi

''dengan tepat?'' soal shafiq dengan binggung

''ya'' jawab deasy dengan singkat dan menatap shafiq yang berada tepat di hadapannya

''ya ya, nasib itu hanya buku dan kau perempuan. Saya maafkan kau'' ucap shafiq sambil memegang tombol pintu untuk keluar dari situ

''suzy pun perempuan'' suzy memandang deasy dengan pelik dan langkah kaki shafiq terhenti mendengar ucapan deasy

''lalu?'' tanya shafiq yang kembali menoleh ke arah deasy

deasy tidak mengatakan apa-apa tapi merampas wang yang berada di tangan shafiq dengan pantas

''hei! apa yang kau buat?'' marah shafiq

deasy hanya bersikap santai sambil membawa wang tersebut ke arah suzy dan mengembalikannya

''mengembalikan barang kepada pemilik sebenar?'' jawab deasy dengan tenang

shafiq langsung menarik kerah baju deasy dan menatapnya dengan tajam

Time do Change us[ON HOLD]Where stories live. Discover now