thank you

2 1 0
                                    

langkah kaki yang sedang menuju ke arah kantin terhenti apabila melihat beberapa rakannya yang duduk di meja yang tidak begitu jauh dengan tempat mengambil makanan. Dia kemudian langsung duduk bersama rakannya setelah mengambil makanan.

''lambatnya kau, apa yang pensyarah tu minta?'' soal rakannya setelah dia duduk di hadapannya

''biasalah tentang kelab fotografi, bulan depan ada pertandingan bola keranjang..ahli kelab fotografi yang akan ambil ahli dalam membuat dokumentasi nanti'' jelasnya sambil memasukkan sesuap nasi di mulutnya

''bola keranjang!? seronoknya mesti kau dapat bergambar sama pemain idola kolej kita nanti '' celetuk seorang lagi rakannya yang duduk di samping

''dapat tu memang dapat tapi, buat apa?'' soalannya membuatkan dua rakannya melihat dia dengan wajah yang terkejut

''maksud saya, merekakan pelajar kolej ini bila-bila masa saja boleh minta bergambar'' jelasnya lagi

''hei meydita chealsea, apa kau tidak tahu mereka siapa?'' soal rakannya yang mengundang tanda tanya pada meydita

mira yang duduk di hadapannya hanya melihat meydita yang menggelengkan kepalanya setelah disoal oleh roy

''ditaa'' seruan nama itu membuat sang empunya melihat kepada siapa yang memanggilnya

''steve'' roy menggetapkan bibirnya setelah mengenal orang yang memanggil meydita, meydita memberikan lirikan mata kepada roy untuk tidak berbuat apa-apa

steve dan dua lagi rakannya berdiri di belakang meydita yang sepertinya tidak mahu melihat mereka

''hei'' steve meletakkan tanggannya di bahu meydita dan merendahkan badannya agar sejajar dengan meydita yang sedang duduk

''kenapa kau tidak memanggil kami untuk makan bersama''kekeh steve Bersama Mario dan clay yang merupakan rakan steve

meydita menepis tangan steve dari bahunya dan terus melanjutkan untuk makan makanannya. Beberapa pelajar agak tertarik dengan keadaan itu dan mula mengeluarkan telefon mereka untuk merakam

steve mula tersengih dan mengambil minuman mira kemudian menuangkan semuanya di atas makanan meydita, mereka semua yang ada di kantin sama-sama terkejut dengan tindakan steve namun meydita yang mendonggakkan kepalanya untuk memarahi steve terhenti apabila matanya melihat deasy yang baru saja melimpasi meja mereka menuju ke arah tempat rakannya berada

''jangan sombong lah, saya cuma mahu berbicara'' ujar steve sambil mengoda meydita yang sedang melihat deasy yang baru melimpasi mereka

''hoi kamu tidak penat kah mahu menganggu dia'' kini roy mula berbicara membuatkan meydita kembali menyedari keadaannya sekarang

''kau diamlah, dita ikut kami sekarang di sini ada penyibuk'' steve menarik tangan meydita dengan kasar dan mahu menuju ke pintu koridor. Roy dan mira berdiri mahu menghentikan steve dari menarik meydita namun sebelum mereka melangkah kaki dari tempat mereka, mereka melihat steve dan rakannya menghentikan langkah kakinya untuk terus berjalan. Beberapa pelajar yang duduk di kiri dan kanan meja itu mula menjauh kerana merasa sedikit terancam

Steve menatap bola mata yang sedang menatapnya juga, setelah tidak menerima apa-apa reaksi dari orang yang berada di hadapannya dia menarik kasar meydita kembali dan mahu meneruskan langkah untuk pergi dari situ. Tiada satu patah-perkataan pun yang dilontarkan oleh orang di hadapannya itu akan tetapi dia tetap tidak beranjak dari tempat dia berdiri dan hal itu telah menganggu jalan steve

''kami mahu limpas, boleh kau ketepi?''ujar steve pada orang tersebut

mereka semua mula menjadi tontonan semua pelajar yang ada di kantin itu

''jangan sombonglah, saya cuma mahu berbicara'' ucap orang itu, steve tahu bahwa dia sedang disindir

''deasy, kau jangan mahu mencabar saya lebih baik kau pergi dan jangan ganggu saya. Kau pun tahu kan saya tidak kesah kalau kau perempuan'' steve tersenyum sinis setelah mengucapkan kalimatnya yang mengikutnya akan membuat deasy takut. Malang sekali, deasy langsung tidak memberikan sebarang reaksi

Meydita melepaskan tangannya dengan kasar dari steve dan mahu pergi dari situ namun ditarik semula dengan kasar oleh Mario dan clay. Roy cuba menarik meydita semula dari mereka berdua tapi itu hanya membuatkan roy di tumbuk dan meydita pula meringis kesakitan apabila tangannya ditarik dengan kasar berkali-kali

steve yang melihat itu menjadi benggang dia melepaskan amarahnya dengan menendang roy dan menarik meydita mendekat kepadanya

''kau jangan buat apa-apa yang buat saya marah perempuan'' ucap steve dengan tegas pada meydita

meydita menampar pipi steve dengan kuat dan sekali lagi cuba melepaskan diri dari steve

''berani-beraninya kau'' steve mula mengangkat tangan untuk menampar meydita kembali sebelum itu terjadi tangannya di tahan dengan kuat, steve segera melihat deasy yang sedang menahan tangannya. Dengan kuat steve menepis tangannya dari ditahan deasy dan mula menarik kerah baju deasy sambil mendorongnya ke belakang. Meydita yang terlepas dari pegangan steve berlari mendekat ke arah roy yang terduduk di lantai bersama mira di sampingnya

''apa masalah kau perempuan!?'' gertak steve yang tidak mengundang sebarang aksi di wajah deasy

''lepas''

''kau fikir saya tidak berani untuk pukul kau!?''

''lepas''

''kau memang perempuan sombong'' steve mahu menumbuk deasy tapi deasy dengan laju menahan tangan steve dari sampai di mukanya kemudian dengan cepat menarik tangan steve ke belakang membuat steve merintih kesakitan

deasy tidak berhenti begitu saja dia menendang di belakang lutut steve yang membuat steve jatuh berlutut. Melihat steve yang begitu kesakitan dengan keadaan tangannya di belakang yang dipegang deasy, deasy melepaskannya dengan kasar. Rakan-rakan deasy yang masih berada di kawasan meja mereka melihat kejadian itu dengan wajah yang tidak percaya

''stop wasting you time steve, beritahu dia untuk jangan jadi pengecut menggunakan orang lain untuk dapat apa yang dia mahu'' bisik deasy di telinga steve agar tiada siapa selain steve mendengar kata-kata deasy

deasy baru saja mahu melihat keadaan roy dan meydita tapi ditarik semula oleh steve yang sudah kembali bangkit di belakangnya. Bukan deasy tidak mahu mengelak cuma sakit yang dialaminya pagi tadi kembali datang dan sakit itu semakin kuat apabila steve menolak deasy sehingga badan deasy melanggar meja di situ. Deasy memegang perutnya sambil menahan kesakitan yang sedang dialaminya sekarang. Steve kembali mendekat kepada deasy untuk melayangkan tumbukan yang tidak dia dapat sampaikan tadi namun deasy dengan sedaya upaya mengelak dari terkena tumbukan itu dan melayangkan tendangannya dari belakang kepada steve membuatkan steve terlempar jauh dirinya

Mark dan Kenny datang menghalang Mario dan clay yang cuba mahu memukul deasy dari belakang manakala mary mendekati deasy yang masih cuba untuk berdiri dengan lebih stabil sambil menahan sakitnya di perut tanpa memegang perutnya kali ini,

deasy menghiraukan mary dan mendekati steve yang terbaring di lantai menahan kesakitan, dia cuba untuk berbicara dengan steve tapi steve mengangkat tangannya untuk menyerah kalah

''Mario Steven, Roy Clement, Clay Edward dan Meydita Chealsea sila ke pejabat sekarang''bunyi pembesar suara di kantin itu berbunyi memenuhi ruang kantin

''Steve Angelo dan Deasy Macwilson sila pergi ke bilik kaunseling...sekarang juga''sambungnya lagi

deasy yang mendengar itu langsung memandang steve yang tengah memandangnya juga kemudian berlalu begitu saja meninggalkan kawasan tersebut tidak lama kemudian steve mengikutinya dari belakang sambil menahan sakitnya

mark, Kenny dan mark tidak dapat berkata apa-apa mereka hanya melihat kepergian deasy dengan sayu.

Time do Change us[ON HOLD]Where stories live. Discover now