Deasy Macwilson: Gadis kolej yang berumur 21 tahun dan seorang introvert,deasy sentiasa dianggap seorang yang sombong kerana wataknya yang sentiasa menunjukkan muka selambanya.Deasy seorang yang sukar untuk difahami juga mempunyai pemikiran yang jauh,dia juga menyimpan banyak rahsia yang tidak diketahui orang tapi mengetahui rahsia orang sekelilingnya. Meydita Chealsea: Gadis yang baru masuk ke dunia luar yang sebenar diumur 20 tahun.Meydita seorang yang senang dibawa bincang namun susah menerima nasihat.Meydita sentiasa membawa gaya kebudak budakkannya dimana saja dia berada.Meydita sentiasa keliru dengan tindakannya sendiri membuatkan orang melihatnya sebagai seorang yang cuai. Agatha Mitchell: Gadis yang berumur 22 tahun,agatha jenis yang sensitif dan matang.Agatha seorang yang peramah dan sentiasa memberikan sokongan pada rakannya.Dia juga seorang yang kuat bekerja keras.Sukar untuk menjatuhkannya kerana Agatha mempunyai pendirian yang tetap. Halsey Hudson :Gadis berumur 19 tahun dan akan berusaha sedaya upaya untuk mendapatkan apa yang diingininya.Halsey mempunyai masalah yang hanya diketahui deasy,halsey bijak dalam hal yang tidak berkaitan dengan pelajaran.Dia juga cepat merasa iri kerana sentiasa merasa dirinya tidak sempurna. Siapa sangka masa mampu mengubah segalanya.Dimanakah semua ini bermula? start: 15.08.2021 end: