BOLD

1 1 0
                                    

''jadi macam mana keadaan dia sekarang?''

''mereka baru selesai kena soal siasat dan sekarang mereka keluar, oh mark kita cakap nanti saja mereka keluar sudah dari balai''

''oh okay, terima kasih infonya mary'' ujar mark yang sedang bertelefon dengan mary

''okay baii''

mary mematikan panggilan telefon itu dan berpandangan dengan irene seketika sebelum memutuskan untuk menghampiri deasy

''deasy, mari kami hantar kau balik'' ujar irene

deasy yang melihat kehadiran irene dan mary di hadapannya segera melepaskan tangannya dari memegang perutnya yang sakit namun seseorang melihat tindakan deasy yang janggal itu

''bukan kau sepatutnya makan malam dengan keluarga kau kah?'' soal deasy

''er, ya mem-''

''kau yang panggil mereka?'' deasy memotong ucapan irene dan memandang suzy yang berada di belakangnya untuk bertanyakan soalan

suzy sedikit terkejut apabila deasy menoleh ke belakang secara tiba-tiba

''saya, irene yang telefon saya. Saya cuma minta tolong saja'' jelas suzy dengan gugup

entah kenapa suzy merasa gugup dengan deasy, ini merupakan kali kedua dia merasa gugup selepas selesai soal siasat tentang shafiq tadi

.

'' Jadi anda mengatakan bahawa shafiq yang telah menyerang anda terlebih dahulu dan anda hanya membalasnya sebagai pertahanan diri?'' soal polis yang berkuasa untuk menyiasat dalam kes mereka

''iya'' jawapan yang singkat dari deasy itu membuat polis yang menyoalnya tidak yakin

''miss suzy, ada apa-apa yang perlu dijelaskan? kerana setakat ini nasib tidak memihak kepada kamu berdua kerana kekurangan bukti terutama sekali miss deasy yang telah memukul shafiq'' ulas polis itu dengan simpati

suzy menceritakan hubungannya dengan shafiq dan mengapa shafiq datang berjumpa dengannya sehinggalah bagaimana deasy boleh terlibat dalam pergaduhan itu, tapi ada yang kurang dalam penerangan suzy yang membuatkan deasy membuka suara setelah sekian lama berdiam diri

''dia menjadi saksi pergaduhan tadi, tapi saya menjadi saksi tentang siapa dan mengapa shafiq datang'' ujar deasy dengan wajahnya yang datar

suzy dan polis tersebut langsung memandangnya dengan binggung

''syafiq samsul adalah seorang penagih dadah di kawasan xxx, itu merupakan sebab dia meminta duit dari suzy selama ini..''

suzy yang terkejut mendengar pernyataan itu langsung memegang lengan deasy untuk menghentikannya tapi deasy hanya mengendahkannya, polis tersebut juga sedar perbuatan suzy namun tetap fokus mendengar penjelasan deasy

''selama suzy masih bersama dengan lelaki itu juga, dia telah melakukan sexual assault terhadap suzy untuk mendapatkan wang. Saya mengetahui hal ini kerana saya pernah beberapa kali terserempak dengan mereka sebelum mereka berpisah'' jelas deasy

''hm, tapi ini masih belum menjelaskan bagaimana kamu mengetahui dia meminta duit untuk dadah dan bagaimana dia memukul kamu sebelum kamu bertindak melakukan 'pertahan diri' kamu'' tanya polis itu lagi

deasy hanya diam dan mencari sesuatu di telefonnya, setelah menjumpai apa yang ia cari dia menunjukkan telefonnya kepada polis itu

rakaman video

iya itulah yang terkandung dalam telefon deasy, ternyata deasy telah merakam seluruh kejadian yang berlaku di syarikat tadi sejak shafiq mula membuka pintu ruangan mereka

Time do Change us[ON HOLD]Where stories live. Discover now