November

102 18 2
                                    

Afrina di hadapanku memandang aku kosong. Soalan bertubi - tubi yang diajukan oleh aku langsung tidak dijawabnya.

" Kenapa kau tak jawab ?!" tanya aku sehingga membuatkan Afrina melompat ke belakang sedikit.

"Bukan aku yang hantar semua itu pada kau,"

" Penipu! Kenapa kau lari bila aku cari kau kejar kau dua bulan ini? " sekali lagi aku memikul meja membuatkan dia kemudiannya menggigil ketakutan. Matanya dipejam seketika bermain dengan tangannya sendiri.

" Tiada sebab,"

"Mengarut Afrina mengarut,"

" Sebab family aku tak suka kau, jauhlah Zayyan, sakit kau nanti," kata Afrina lembut namun terdengar getaran suaranya.

Aku bercekak pinggang sambil memandangnya. Perasaan aku sekarang in bercampur baur. Tidak tahu nak rasa apa terkejut, marah, suka semua benda aku rasa.

Terkejut sebab keluarganya tidak suka aku. Padahal aku tak buat apa silap. Tak pernah dalam dua bulan ini aku terserempak dengan kakaknya tanpa ditengking menyuruh aku menjauhkan diri daripada kakaknya.
Terkejut sebab abangnya Afrina, Awang Nazrief kena tangkap polis sebab pukul Afrina marah dia sebabkan aku. Apa masalah aku dengan keluarga diaorang sebenarnya sekarang ini !

Marah sebab susah benar gadis di hadapan aku ini nak mengaku yang dialah yang menghantar surat hadiah semua itu kepada aku. Marah sebab dia cuba larikan diri daripada aku. Marah sebab dia tiba - tiba hilang.

Suka sebab janji dia pada aku dia tidak mungkir. Aku masih ingat hari terakhir di sekolah setelah peperiksaan SPM bahawa dia pernah janji bahawa dia akan tetap menyokong aku, ada bila aku perlukan dia walaupun aku tolak dia.

She prove it, she's still here in front of me tetapi sudah berputus asa.

" Aku pun tak suka kau. Kau lupakan sahajalah apa yang dah jadi. Aku minta maaflah sebab kacau kau sepanjang beberapa bulan ini," kata Afrina dengan suara mendatar. Sesekali dia menarik rambutnya yang tidak diikat itu menjauhi mukanya bagi mengelakkan rambutnya termasuk kedalam mulut.

" Kau dah suka hati main - main perasaan aku lepas itu kau nak bla macam itu je ?"

" Sama juga dengan kau yang mainkan perasaan orang masa sekolah dulu," ayatnya sinis namun entah kenapa aku dapat lihat keperitan di dalam matanya.

" Zayyan Anaqi! " jerit seseorang menyebabkan hampir seluruh kafeteria itu memandang ke arahnya.

Afrina memejamkan matanya. Habislah bergaduh nanti. Aku rasa itulah apa yang difikirkan oleh Afrina tetapi dia tak tahu perkara yang aku tahu.

"Kau nak apa lagi ?!" jelingku kepada Nazrief.

" Hehehe, terima kasih bro, tolong aku, maaflah ya," ujarnya kepada aku.

" Minta maaf kat aku buat apa, minta maaf kat adik kau lah," bentak aku.

Nazrief melebarkan tangannya sedia untuk dipeluk namun Afrina memandang kehairanan. Hahaha comel.

Keluarga dia ini complicated. Aku pun sukar untuk faham berdasarkan apa yang diceritakan oleh Nazrief. Yang aku tahu yang mengurung Afrina selama hampir 2 bulan adalah ibunya yang juga penagih dadah.

Suara Afrina menjerit kedengaran kuat hingga membuatkan jiran - jiran membuat laporan polis. Awalnya, polis mencari Nazrief sebagai saksi utama namun demi ibunya Nazrief mengaku bahawa dia yang melakukannya.

Mengapa ibu mereka bencikan aku sebab Afrina tarbiah fasal solat, baca Al - Qur'an sebab aku. Afrina juga berkali menegur kesalahan ibunya yang selama ini tidak pernah ditegur oleh abang dan kakaknya. Bahawa sebenarnya ibunya telah pun gagal menjadi seorang ibu yang baik.

Afrina tidak kaya. Duduk di rumah flat, ibunya penagih, ayahnya berhutang dan melarikan diri. Yang cari sumber pendapatan adalah kakak dan abangnya sendiri.

Rambut mereka sekeluarga diwarna sedikit biru pun adalah disebabkan loanshark ayah mereka. Senang nak tahu siapa yang berhutang katanya.
Nampak sahaja orang yang due warnanya sedikit biru itulah orang yang berhutang dengan mereka. Senang nak bertanya kepada orang awam jika penghutang melarikan diri. Kalau padam warna biru itu secara sengaja dan mereka akan mati.

𝐓𝐡𝐞 𝐒𝐞𝐜𝐫𝐞𝐭 𝐀𝐝𝐦𝐢𝐫𝐞𝐫Where stories live. Discover now