September

102 21 0
                                    

" Eh bro, lama tak jumpa!" Eiz memeluk tubuhku.

" Baru boleh cuti, kau bila balik?" soalku sambil menarik kerusi tersebut.

Suasana di kafe itu agak meriah pada hujung minggu itu. Maklumlah kedai milik keluarga mereka melakukan sehari makanan percuma sempena hari kelahiran arwah Abang Eddy dengan niat bersedekah bagi pihaknya. Pada malam, mereka akan membuat kenduri doa selamat di situ.

" Aku kan ulang alik je, dekat je dengan rumah, hari - hari balik," kata Eiz.

"Untunglah," jawabku sambil mengacau air caramel latte extra caramel aku. Kedengaran bunyi sahut menyahut antara keluarga Eiz yang sangat sibuk melayan pelanggan atau tetamu di kafe itu. Kedengaran bunyi gelak ketawa , bunyi suara kanak - kanak bermain dan berlari ke sini ke sana. Menurut Eiz, arwah abang iparnya sudah berpesan bahawa sekiranya dia pergi jangan lalui ulang tahun kepergiannya itu dengan kesedihan. Doakannya agar dia dapat menempuhi alam selepas kematian dan salurkan pahala untuknya daripada sedekah.

" Apa kes budak perempuan yang kau cari itu?" Eiz mengangkat keningnya.

" Dia kata dia tak nak berharap pada aku lagi,"

" Lepas itu, habis sampai situ sahaja?" soal Eiz lagi. Dia kelihatan sangat tertarik dengan topik perbincangan itu. Sejak daripada aku menelefonnya tempoh hari lagi. Selalu kagum akan gadis tersebut kerana berjaya mengekalkan identiti rahsianya.

" Aku boleh buat apa? Aku tak kenal dia. Walaupun hati aku memberontak kuat nak tahu siapa dia, tapi aku hormat pilihannya. Sebab aku pun terfikir cuba kalau aku tak suka dia, mesti dia lagi kecewa,"

" Aku tengok sekarang kau nampak macam hampir sahaja nak gila kalau fikir tentang dia, mustahil untuk kau tolak dia, apa yang kau fikir? Kalau dia tak cantik?"

" Apa - apa pun Eiz, kalau aku boleh terima dia pun, kita baru umur 18, banyak lagi benda yang kita kena fikir, yang aku kena fikir. Dengan final lagi apa semua, aku tak nak aku bagi harapan. Dengan ucapan dia yang aku baca melalui surat dia cukup untuk aku tahu aku telah mencurahkan bergalleon harapan kepada dia, akibatnya dia disakiti, dia kecewakan tanpa aku sentuh pun dia, tanpa aku kenal pun dia,"

" What's matter with age? Ianya hanya sekadar nombor, aku bagi contoh kakak aku. Complicated love triangle since she's freakin 15. Broken teruk sebabkan my current brother in law when they were 16. Tried to start a relationship with Arwah Abang Eddy when they were 18.  End up bahagia, dapat rasa kasih sayang daripada keduanya walaupun complicated,"

Aku hanya terdiam melayan perasaan sebelum Eiz meneruskan lagi katanya. " Cantik pun subjektif. Deeply, Aku tahu yang kau suka betapa dia tak berputus asa dengan kau, kau suka untuk mempunyai mengetahui seseorang akan sentiasa menyokong kau walaupun apa yang terjadi. Betapa beruntungnya untuk ada sesorang seperti dia dalam kehidupan, bukan?"

" Habis itu aku boleh buat apa Eiz satu maklumat pun tak ada, kau ini sama macam Zayeera suka suruh aku buat sesuatu tentang itu. Aku dah cuba tetapi hasilnya tetap gagal, kau pun aku tanya fasal penyanyi - penyanyi itu kau dengan yakinnya cakap bukan,"

" Tak akan lah aku nak tipu, penyanyi perempuan bertudung tu sekolah dekat simpang tu je. Mestilah dia tak kenal kau, yang rambut biru itu pun bukan, dia tua 1 tahun daripada kita, kau sendiri yang cakap dia pun ambil SPM tahun yang sama dengan kita melainkan..." Kata - kata Eiz terhenti. Mukanya seperti dia teringat akan sesuatu kemudian matanya di alihkan ke bucu kafe, tempat staff - staff di kafe mereka berbual antara satu sama lain.

Aku turut menolehkan kepalaku ke arah kawasan berkenaan. Degupan jantung aku tiba tiba bertukar pantas sebaik sahaja mata aku bertembung dengan gadis itu. Ada aura yang mengingatkan aku tentang sesuatu.

𝐓𝐡𝐞 𝐒𝐞𝐜𝐫𝐞𝐭 𝐀𝐝𝐦𝐢𝐫𝐞𝐫Where stories live. Discover now