Oktober

102 19 1
                                    

Flashback

" Afrina ? Mustahil," Aku tergelak sinis tetapi dalam masa yang sama sedikit terkedu.

" Kau tak cam dia sebelum ini? Dia adik kepada penyanyi rambut biru itu, but she wasn't here on your birthday, probably seen you just because her sister told her," soal Eiz kepadaku. Dayang Afrina. Aku dengan ura - ura dia meminati aku daripada orang lain. Sebagai seorang budak perempuan yang agak pemalu, aku tak yakin yang dia adalah orang yang akan bagi hadiah apa semua itu.

Aku tidak menjawab aku mencari semula kelibatnya namun hilang.

" Mana dia Eiz ?!"

" Apa kata kau cari sendiri, banyak benda yang kau tak tahu tentang dia,"

Aku termangu bersendirian di kafe universiti. Kepala dia semakin sakit. Dia tak pasti apa yang dia nampak sekarang tetapi Dayang Afrina kerja di kedai runcit dalam universitinya.

Aku hanya menganggar perkara itu kerana aku ada bertanyakan rakan sekelasnya masa di sekolah dulu. Yang aku tahu bahawa budak perempuan itu rapat dengan Dayang Afrina dan mendapati bahawa rumah Dayang Afrina hanya beberapa kilometer daripada kawasan universiti.

Apabila aku teringat kembali bahawa rakan sekerja Umar juga bernama Dayang terus aku datang ke mari. Sebab di dalam sudut hati aku, aku yakin yang dia itu Dayang Afrina.

Gadis itu juga turut mempunyai jalur rambut yang diwarnakan biru persis kakaknya. Adakah itu treadmark keluarga juga aku tak tahu. Aku berkira - kira mahu menegur atau tidak Umar dan Dayang yang sedang berborak di kaunter jualan.

Hati aku berbolak - balik. Betul ke yang bagi hadiah kepadanya tiap - tiap bulan itu Dayang? Aku mengeluh. Mata aku mula melilau - lilau di setiap penjuru kafe manakan tahu aku dapat jawapan daripada semua misteri ini.

'yes !' getus hati aku sebaik sahaja nampak kelibat kakak Dayang yang aku tidak nama penuhnya sampai sekarang. Dia kelihatan sedang mengangkat sebuah  kotak daripada kereta di tempat parkir kereta di kafe.

Aku lantas bangun, berjalan pantas menuju ke kenderaan tersebut dan menariknya ke belakang kereta.

" Kau ini dah kenapa ?!" Matanya sedikit terbeliak apabila melihatku.

" Kakak Dayang , kan?"

Gadis itu hanya terdiam dengan pandangan yang seakan tidak puas hati.

" Kau nak apa ?" soalnya kasar.

"Dayang ada tak hantar parcel ke pada sesiapa ..."

Belum sempat aku habiskan ayat aku sudah pun ditengking oleh kakaknya Dayang.

" Tiada! Eh, boleh tolong tak ? Tolong jauhkan diri kau daripada pandangan adik aku! Sebab kau lah adik aku cuba buat benda bodoh! Berambus daripada sini! Kalau kau dekatkan diri kau dengan adik aku mati kau aku kerja kan! " Mukanya kelihatan sangat marah. Jari telunjuknya betul betul berhadapan dengan mata aku. Rambutnya kelihatan tidak kemas walaupun diikat tocang seperti tidak tentu arah.

" Aih... Tak buat apa - apa pun kena marah,"

" Eh, kau bla sekarang tak boleh ke?!"

Sebab aku takut nyawa aku kena cabut aku terus mengambil keputusan untuk pulang ke asrama. Kepala aku serabut lagi - lagi kena marah fasal perkara yang aku tak tahu aku bersalah. Kalau aku rajin aku akan tanya Umar.

𝐓𝐡𝐞 𝐒𝐞𝐜𝐫𝐞𝐭 𝐀𝐝𝐦𝐢𝐫𝐞𝐫Where stories live. Discover now