Jun

113 21 0
                                    

Tak ada. Parcel. Untuk. Kali. Ini.

Tiada dan bulan ini adalah bulan terakhir sebelum aku masuk universiti. Aku sudahlah masih tidak dapat tahu siapa perempuan itu.

Aku dah tanya Izz fasal penyanyi bertudung itu. Masalah dia sekarang ini adalah penyanyi bertudung itu bukan daripada sekolah aku pun. Dan dia pun dah habis sekolah jauh 2 tahun lagi lama daripada aku.

Penyanyi - penyanyi itu sahaja yang aku tak kenal. Perempuan yang rambut biru itu awal - awal lagilah bukan. Yang ini pun bukan. Habistu mana perempuan itu tahu aku di situ. Eiz ada pekerja perempuan ke?

Sesiapa pun dia, dia dah buat aku tak tentu arah. Dia buat aku tertanya - tanya dan nak tahu sangat - sangat siapa dia. Dia buat aku tertanya kenapa bulan lepas dia tidak berkata apa selain pulangkan kad pengenalan aku.

Telinga aku terdengar Zayeera menutup pintu rumah. Tergesa - gesa aku berlari ke arahnya.

" Zayeera, parcel tu, parcel abang ke ?"

"Eh, taklah ini Zayeera punya, barang shopee, tidak percaya tengok ini," kata Zayeera sambil menunjuk ke arah alamat rumah dan namanya dia atas tersebut.

Aku mengeluh. Kenapa dia buat aku macam ini? Lepas semua ini, tak akanlah hilang begitu sahaja.

" Kenapa termenung itu, tidak dapat kiriman ke bulan ini?" soal adik perempuanku itu.

Aku menggeleng sebelum merebahkan keseluruhan badanku  di atas sofa. Sekali lagi aku mengeluh.

"Mama kata tak baik mengeluh,"

"Yerra rasa dia benci abang ke ?"

"Probably,"

" Haa probably ?! Kenapa?" Aku bangun daripada pembaringan.

"Mungkin dia give up, mungkin dia rasa kalau dia cuba setara mana pun abang tak akan terima dia,"

"Macam mana abang nak terima dia kalau dia pun abang tak kenal ?" Aku menolak rambutnya yang menutup mata ke belakang.

Zayeera meletakkan kotak parcelnya ke tepi.

" Jadi usahalah untuk kenal dia dan cari dia, sebagai perempuan Yerra pun boleh faham apa yang akak ni rasa. Abang, perempuan ini ada banyak jenis. Ada yang straight forward, ada yang pemalu sangat dan juga ada yang in denial, akak ini bagi Zayeera mungkin in denial,"

"Habistu abang nak buat apa sekarang ini?"

"Twitter, pakai otak abang yang bijak itu, hantar signal, dia confirm up to date dengan social media abang,"

Hantar signal. Hantar signal. Sehingga ke malam aku fikir macam mana aku nak hantar signal yang jelas tanpa buat followers aku yang lain berasa kehairanan.

Hantar signal

You know who you are. You owe me a parcel. No, 2 parcel. cause' the last one isn't actually a ' parcel'.

 cause' the last one isn't actually a ' parcel'

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Eiz dan Ean ( Keluarga Effendy)

𝐓𝐡𝐞 𝐒𝐞𝐜𝐫𝐞𝐭 𝐀𝐝𝐦𝐢𝐫𝐞𝐫Where stories live. Discover now