Julai

114 20 0
                                    

" Ada apa - apa parcel tak untuk abang?" soalku kepada Zayeera.

" Tiada, satu pun tiada," jawab Zayeera diseberang talian itu.

Sekali lagi aku berasa terkilan. Bagi aku sekarang ini, aku tidak kisahlah siapa dia, dia tidak perlu risau jika aku benci dia. Sebab aku berjanji bahawa aku tak akan hina dia benci dia sekalipun dia adalah orang yang aku benci. Pemberiannya itu bermakna bagi aku. Mungkin aku tidak boleh terimanya lebih daripada 'itu' tetapi sekurangnya aku boleh terimanya sebagai seorang kawan.

" Abang, Yerra kena hentikan call ini dulu tau sebab Yerra ada kerja nak buat. Nanti apa - apa abang call mama, ya?"

" Haa yela, Assalamualaikum,"

Sebaik sahaja Yerra menjawab salam dia terus melemparkan telefonnya ke atas katil.

" Kau asal ni bro, stress semacam je," soal rakan sebilik aku, Umar.

"Tiada apa pun, hal personal sahaja,"

Umar mengerutkan dahinya.  " Apa - apa sahajalah Zayyan,"

Aku pun mengambil keputusan untuk keluar daripada bilik itu. Boleh dengar suara orang bernyanyi - nyanyi bergelak sakan daripada bilik air. Biasanya aku join sekaki, tetapi mood aku hilang sudah sepenuhnya.

"Eh, Zayyan boleh kau tolong aku sat, aku kena restock barang dengan kedai runcit kat pusat pelajar itu, tetapi serius aku banyak gila kerja, kalau kau tak keberatan kau boleh tolong aku separuh je. Nanti kau bagitahu Dayang yang ada kat situ, aku bayar kau serius boleh?"

"Aih, kau yang dibayar gaji bagi gaji kat aku, takpelah wey aku buat free je kesian kau," kataku yang mengetahui bahawa Umar bukan datang daripada keluarga yang senang.

" Okaylah aku ajar kau part mana yang kau tak faham masa kuliah sebagai gaji boleh? Janganlah macam itu Zayyan, apa apa pun aku dah susah kan kau,"

" Bagus juga tu, aku pergi dululah eh,"

Aku berjalan kaki sambil menikmati udara segar menuju ke arah kedai runcit di pusat pelajar itu. Udara segar yang tenang itu jadi tidak tenang apabila aku terdengar bunyi siren polis. Lebih mengejutkan lagi siren polis itu datang daripada pusat pelajar.

Terserlah aku punya ' inner core makcik bawang' aku apabila aku bergegas ke tempat itu melihat apa yang terjadi.

" Kau jangan ingat kau boleh menang, kau tunggu apa nasib kau lepas aku keluar lokap nanti," jerit lelaki itu sebelum ditarik oleh pihak polis ke dalam kenderaan pancutan empat roda yang sering ditakuti oleh seluruh rakyat Malaysia.

Aku yang mahu tahu lebih lanjut bertanya akan seorang budak perempuan yang sekelas dengan aku untuk subjek bahasa inggeris tentang siapa orang tersebut. Kebetulanlah dia berdiri sebelah aku masa itu.

" Nazrief, budak degree tahun terakhir, kena tangkap sebab kurung dan dera  adik dia masa cuti sem hari itu. Dengar cerita dia mungkin di bawah pengaruh dadah,"

" Uish jahatnya, hari itu baru dia jadi fasilitator, elok je,"

" Orang macam dia layak kena hukum gantung terus, kesian adik dia, dahlah trauma, kurus, badan habis berparut parut, abang jenis apa tah macam itu,"

Aku hanya membalas dengan anggukan dan terus menuju ke kedai runcit berkenaan. Tergendala lama juga agenda awak tadi.

" Dayang kan? Umar minta tolong restock barang tadi,"

" Eh, bukan Dayang, tapi betul Umar ada inform juga tadi kata ada orang datang tolong, belakang itu ye, terima kasih banyak,"

" Eh, bukan Dayang, tapi betul Umar ada inform juga tadi kata ada orang datang tolong, belakang itu ye, terima kasih banyak,"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Nazrief

𝐓𝐡𝐞 𝐒𝐞𝐜𝐫𝐞𝐭 𝐀𝐝𝐦𝐢𝐫𝐞𝐫Where stories live. Discover now