Ogos

105 20 0
                                    

Aku anggap sahaja bahawa perkara ini sudah lama pun tamat. Fokus aku kembali kepada sesi pelajaran dan perkara yang perlu aku lakukan di universiti ini.

Kes pelajar tahun akhir, Nazrief itu agak bising satu universiti. Hal ini mungkin kerana dia merupakan salah satu wakil pelajar dan juga seseorang yang bertanggungjawab dengan kedai runcit di pusat pelajar itu. Orang banyak kenal dia sebagai ' Abang cashier'.

Sedang aku leka menyiapkan tugasan aku bersama teman sekumpulan aku, telefon aku berdering. Rupanya, Mama dan papa baru balik kenduri berdekatan dengan kawasan universiti aku dan ingin datang melawat sebentar.

" Parents aku nak ajak keluar do, macam mana ni?" tanyaku kepada rakan - rakan sekumpulanku.

" Ala, tiada apa sangat pun, esok kita boleh sambung tinggal nak buat kesimpulan dan present sahaja, kesimpulan aku boleh buat sorang, tak de hallah,"

" Kalau macam itu, kita rehat sampai sini, selamat menikmati hari minggu kawan - kawan," ujar ketua kumpulan sebelum semua sibuk mengemas barangan mereka.

Aku pula terus menuju ke pondok berdekatan asrama. Menunggu orang tua aku di situ sambil melayan media sosial.

Melihat posting terbaharu Zayeera, Eiz dan rakan - rakan persekolahan aku itu buat aku rindu.

" Haa, bang makanlah telefon itu, mama dah lama panggil tak bersahut," sampuk mama daripada dalam kereta.

" Eh, ma,pa,sekejap!" Aku berlari anak masuk ke dalam perut kereta.

" Wah, nampak kurus ya, " usik bapakku.

" Ini bukan kurus sihat, ini kurus tak makan, haish," marah mama pula.

" Ini nak marah ke nak happy ini?" soal aku sebelum disahut gelak tawa oleh ibu bapaku.

" Eh macam - macam, itu barang abang dalam kotak tepi itu, mama dah letakkan dah 3 in 1, stok makanan baju apa semua, Zayeera ada bagi barang post abang ke apa tah dalam tu juga, Mok long pun ada belikan abang cenderahati masa dia pergi Eropah,"

" Barang post apa ma, abang tak beli barang shopee ke apa ," soalanku sebelum menyelongkar kotak di sebelah tempat dudukku itu dan mendapati terdapat sebuah parcel yang sangat lah nipis seperti parcel ic yang aku pernah dapat dulu.

" Tidak tahulah mama, mama suruh simpanlah dahulu tapi dia beria suruh bagi pada kamu,"

Aku membuka parcel itu rakus. Terdapat sekeping kertas dan sepucuk surat. Kertas itu adalah nombor gilirannya semasa acara sukan sekolah tahun lalu.

Masa dia menang upacara lari 400m persendirian.

Surat. Surat itu dibuka perlahan lahan. Aku tidak mahu surat itu terkoyak sedikit pun.

' Mungkin betul apa yang kawan kawan aku cakap, aku patut berhenti mengharapkan kau. Kau pun tak pernah ambil kisah atas kewujudan aku. Maaf kalau aku ganggu, sampai sini saja, aku janji aku tak ganggu kau'

- pengecut

Aku meraup wajahku. Surat itu diletakkan di situ. Aku ingatkan dia tidak akan pernah berhenti berharap pada aku. Yang walaupun aku tidak kenal dia, aku pasti dia akan menyokongku seratus peratus.

Tetapi aku salah.

Sebab hati manusia boleh berubah.

𝐓𝐡𝐞 𝐒𝐞𝐜𝐫𝐞𝐭 𝐀𝐝𝐦𝐢𝐫𝐞𝐫Where stories live. Discover now