Januari | 2

60 10 0
                                    

Perasaan bercampur baur yang dapat dirasakan oleh aku sekarang ini. Marah, geram, keliru.

Setelah pertemuan semula aku dengan Chinta, dia seolah memberi harapan kepada diriku. Ada beberapa kali juga aku pergi mencari Afrina, nak jumpa dia, nak tanya dia kenapa dia buat pilihan macam ini tetapi semua percubaan aku gagal.

Afrina hanya mengutumkan senyuman kemudiannya mengelak daripada aku. Macam – macam alasan yang aku dapat. Ada kerja lah, nak pergi beli barang dapurlah apa lah.

“ Eh perempuan! Kau tinggalkan aku macam itu je tau hari tu! Lepas tu sekarang ni kau nak main sorok – soroklah apalah. Apa yang kau nak eh sebenarnya? Lepas berbulan – bulan drama kau buat lepastu benda ni habis macam tu je ke?” aku meletus setelah 5 kali gadis di hadapan aku ini mengelak daripada berkata sesuatu tentang apa yang jadi pada awal bulan disember yang lepas.

Afrina mengerling wajahku sekilas.

“ Kan aku dah bagitahu kau dekat kafe masa itu. Kau tak ingat?” Dia berjalan terus ke hadapan dengan plastik yang berisi barangan runcit meninggalkan aku.

“ Kau buat lawak apa ni? Habis itu hadiah berbulan bulan kau bagi itu bagi sebab apa? Sedekah jariah ke tiap – tiap bulan kat aku?” jerit aku daripada jauh.

“ Apa masalah kau ni Zayyan? Kau takde kelas ke sekarang? Pergi balik boleh tak?”

“ Cakap dengan kau boleh buat aku gila tahu tak?” suara aku naik lagi satu oktaf. Mana kesabaran. Hilang entah ke mana.Berapa banyak tan air liur aku pakai nak cakap dengan dia tapi yang aku dapat senyum, kena marah. Macam bodoh.

Sebuah teksi berhenti di tepi jalan setelah gadis itu menahan teksi berkenaan.

“ Kalau kau serabut jangan cari aku lagi apa yang susah sangat !” pintu teksi itu dihempas.

Lepas semua benda ini kau boleh tanya aku apa yang susah sangat?

Apa sebenarnya permainan kau ni Afrina?

𝐓𝐡𝐞 𝐒𝐞𝐜𝐫𝐞𝐭 𝐀𝐝𝐦𝐢𝐫𝐞𝐫Where stories live. Discover now