Februari | 2

55 10 0
                                    

"Bang, mama tanya dah kemas barang belum? Kalau dah terus letak kat tepi pintu,"

" Lain kali ketuklah pintu bagi salam ke, kau dengan rambut selekeh, cermin mata besar aku ingatkan nenek kebayan mana yang tegur aku memalam buta ni,"

" Sorry do, hehe," Zayeera kan. Biasalah. Sebelum tutup pintu sengih dulu.

Aku sambung melipat baju ke dalam beg sandang. Esok aku bakal pulang semula ke tempat pengajian setelah sebulan lebih cuti semester.

Selepas selesai mengalihkan barang - barang ke tepi pintu, settle semua checklist, aku menghempaskan badan ke atas katil.

" Tidur awal Zayyan!" jerit mama daripada hadapan bilik.

Aku menutup lampu bilik sebelum melihat skrin telefon untuk memastikan tiada notifikasi yang masuk.

Ada satu WhatsApp daripada Eiz. Ni mesti nak ajak main pubg.

EIZ
Afrina dah pindah Sarawak.

𝐓𝐡𝐞 𝐒𝐞𝐜𝐫𝐞𝐭 𝐀𝐝𝐦𝐢𝐫𝐞𝐫Where stories live. Discover now