02

355 87 156
                                    

❝ It's just happy because of you, but it's sad because it's only you

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

❝ It's just happy because of you, but it's sad because it's only you.❞

────────────
+++







Aku memeluk tubuh yang dingin sambil mengomel pada diri sendiri.

Tanganku menyeluk ke dalam poket.

Habis. Semuanya diambil.

Nampaknya tidak ada makanan untuk hari ini.

Tidak mengapa, ini bukanlah masalah besar.

"Haa.."

Aku melepaskan nafas berat dan mengeluh kepada diri sendiri.

"Yah, Seungkwan. Kenapa kau macam ni?"

________

"Seungkwan! Kau pergi mana tadi ha?" sebaik saja aku masuk kelas, Moonbin lah orang pertama yang bertanya kemana aku pergi.

Mestilah, takkanlah ada yang kedua pula.

Aku tersenyum sambil memegang perut.

"Pergi tandas duh sakit perut."

Dia menggeleng.

"Tula, kau ni asyik makan je. Tengok, kan dah sakit perut." dia mengomel kepada aku.

Aku merapatkan bibir. Takpela, aku tak makan apa apa pun.

"Nak obat tak?" tanya Moonbin lagi.

Senyuman terukir di wajahku. Ditarik supaya tidak nampak kekok.

Dia ni pun, prihatin juga dengan aku.

_________



"Lee Hunjoon?!"

Saem terus menghentikan perbuatannya lalu memberikan sepenuh perhatiannya sebaik sahaja aku menyebut nama anak kepada menteri besar negeri itu.

Dengan wajah antara terkejut atau tidak percaya, dia menyebut kembali nama yang aku katakan.

Aku mengangguk dengan yakin.

Pembulian di sekolah tidak boleh dibiarkan. Walaupun aku mangsa, melaporkan kepada guru kelas adalah solusi terbaik.

Meski itu Lee Hunjoon sekalipun.

"Hunjoon? Pelajar cemerlang sekolah kita? Anak kepada ahli dewan Dato' Lee? Apa awak merepek ni haksaem?"

Harapan aku jatuh menjunam.

Hah, sekurang kurang aku telah menjangka reaksi begini.

"Tapi saem.. Saya cakap perkara sebenar-"

"Awak ada bukti ke? Saksi? Adakah awak dipukul? Kalau macam tu, kat mana? Cuba tunjuk." saem mengajukan aku soalan bertalu talu.

Mungkin aku sahaja yang merasakannya. Tapi ada nada tidak senang dalam bicara saem.

Aku memegang perutku. Kalau setakat sekali tendangan, tidak mungkin sudah meninggalkan lebam.

Sememangnya aku tiada bukti nyata melainkan ingatan aku sendiri.

"Tak ad-"

Belum sempat aku menghabiskan ucapanku, saem menghempaskan fail fail di tangannya dengan kuat. Terhinjut bahuku kerana terkejut dengan bunyinya.

Saem memandang aku dengan wajah yang tegas.

"Boo Seungkwan, pelajar baru kan? Apa kata awak pergi study dari buat laporan palsu macam ni? Awak buang masa saya tahu tak?"

Aku menundukkan wajah. Automatik tanganku digenggam.

Aku dengan segera terus menundukkan badan walau terpaksa.

"Maaf mengganggu masa saem. Saya pergi dulu."

Saem mendengus dengan geram. Perasaan bersalah menyelubungi aku.

Takpe lah. Lagipun dia tidak akan buli aku lagi lepas ni.

Aku mengeluh lagi dalam perjalanan balik ke kelas.

Step Back! | Boo SeungkwanWhere stories live. Discover now