13

242 71 34
                                    

❝ From my heart

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

❝ From my heart.
────────
++




Dibandingkan dengan perasaan aku sebelumnya, kali ini aku sedar sesuatu yang lebih berharga.

Sedangkan seekor kucing pun boleh kelaparan, kita tidak boleh menyalahkan sesiapa atas apa yang terjadi. Terutamanya diri sendiri.

Ianya hanya sebuah rintangan dalam perjalanan hidup. Untuk menjadi lebih baik di lain hari.

Kita sedang mengalami rasa sakit untuk pertumbuhan ini.

"Terima kasih."

"Ah, tak mengapa. Terima kasih juga. Saya minta diri dulu."

Hansol kembali berdiri dan menundukkan kepalanya sebelum beredar. Sementara eomma pula pergi mengiringinya sehingga ke pintu.

Tapi entah kenapa aku di sini terasa berat untuk bangun.

"Hiks-"

Kedengaran bunyi pintu pagar ditolak. Seraya itu, tubuh wanita di sana datang dan duduk dihadapan aku sambil memeluk surat tadi.

Aku menutup mataku perlahan lahan.

Maaf, Hansol. Saya mungkin akan lambat..

___________

"Oh, apa tu eomma?"

Boo Jinseol, noona, anak kedua dalam keluarga itu keluar dari biliknya sebaik sahaja tetamu tadi pergi.

Dia sibuk mendekati Puan Boo yang baru hendak membuka isi surat ditangannya.

"Entahlah.. Kawan adik kamu bagi."

"Kawan.. Seungkwan?" terus gadis itu hilang kata kata.

Tiada apa lagi yang perlu ditunggu, wanita tua itu mengambil nafas yang dalam. Perlahan lahan Puan Boo membuka isi suratnya.

__________





Hai, eomma, appa, noona. Ini saya Boo Seungkwan. Sekarang ni Kwan berada di Seoul. Sekolah di sini bagus, dan persekitarannya juga bagus.

Seungkwan menggigit bibir.

Noona dan eomma mula membaca bersama sama.

Semuanya berjalan lancar di sini. Kwan belajar vocal dengan baik. Kwan juga dah bersedia untuk masuk pertandingan.

Tapi, eomma. Maaf. Semuanya tak baik baik saja.

Tangan digenggam.

Ini memang pilihan yang buruk. Kwan tak patut masuk sekolah ni dan berjumpa dengan mereka.

Jinseol mengasat air matanya.

Tapi tak mengapa. Kalau terjadi apa apa pada Kwan, jangan sedih. Semuanya akan kembali seperti biasa nanti.

Terima kasih kerana menjadi keluarga yang penyayang. Kwan sayangkan semua.

________












"Eomma akan tangkap pembunuh tu!" Puan Boo melepaskan amarahnya yang dari tadi ditahan.

Suaranya mengejutkan aku. Noona terus menenangkan eomma.

Aku berusaha menahan air mata ini seorang. Walaupun tiada orang yang tahu.

"Eomma.."

"Siapa yang bunuh anak aku? Aku akan hukum kau!"

Tak mengapa, tak perlu.

Eomma, saya dah relakan semua itu.

"Jinseol, kenapa polis tak lanjutkan siasatan? Kenapa polis kata Seungkwan bunuh diri?"

Aku mengambil nafas.

Tak mengapa, tak tangkap pembunuh pun tak mengapa.

Kalau kalian lakukan itu untuk Kwan, tak mengapa. Kwan baik baik sahaja.

Lihatlah, Kwan ada di depan kalian.

"Kenapa..?" eomma menangis lagi di dalam dangkapan noona.

Begitu juga noona yang mengesat air matanya. Aku tahu dia pun sedih.

Aku membenam mataku di lengan sendiri. Berdiam diri lagi sambil menghapuskan semua air mata ini. Diiringi dengan tangisan kecil mereka berdua.

Tak mengapa. Tak mengapa.

Terima kasih untuk segalanya.

Kwan juga bahagia di kehidupan ini.

Sungguh kehidupan yang pendek, namun aku bahagia.

Aku melepaskan nafasku.

"Eomma, noona. Maaf, dan terima kasih! Kwan sayangkan eomma, appa dan noona!"

Step Back! | Boo SeungkwanWhere stories live. Discover now