08

272 71 90
                                    

❝ First not come along with second

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

❝ First not come along with second. You must search it by yourself.❞

──────────
+++





"Tolong! Saya mohon berikan saya peluang kedua untuk menembus kesalahan saya dan hidup dengan lebih baik!" ucap Seungkwan dengan kuat.

Hanya ada mereka berempat disitu. Dirinya, dua Guardian Angels dan satu makhluk yang tidak dapat dilihat wajahnya.

Meskipun begitu dia masih bersungguh menundukkan kepala sambil berharap.

"Baiklah kalau begitu.." balas salah satu malaikat di sisinya sambil tersenyum.

Bibirnya saja tersenyum, namun matanya tidak.

Malaikat itu merendahkan tubuh lalu menatap Seungkwan.

"Silalah tunggu utusan kami."





Jika roh seorang manusia yang telah mati masih berkeliaran di bumi, maka itu bermakna masih ada sesuatu yang disesalinya ketika hidup.

Seperti seorang ayah yang mati kerana melindungi anaknya, namun akhirnya anak itu tetap mati. Itulah rasa penyesalan.

Mereka, roh yang tidak tenang itu berjalan tanpa tujuan di dunia. Dan akhirnya, roh mereka akan bertukar menjadi debu.

Setiap manusia yang mati akan berenkarnasi, namun bagi roh yang tidak tenang, mereka tidak akan berenkarnasi sehingga tiada lagi penyesalan dalam diri mereka.

Mereka harus merelakannya..

Dan bersemadi dengan tenang.



Begitulah apa yang aku diberitahu.

Aku meminta untuk diberi peluang kedua.

Tapi aku harus menunggu keputusan..

Yang akan diberitahu melalui utusan mereka.









Utusan?

"Encik hantu Boo kan? Ah, nama saya Lee Chan a.k.a orang suruhan Guardian Angels yang tersakiti." orang yang memperkenalkan diri sebagai Lee Chan itu menghulurkan tangannya kepada aku.

I-ini utusan mereka? Tapi dia manusia.

Macam mana dia boleh nampak aku?

"Jangan risau, terlalu banyak benda yang kau tak perlu tahu tentang aku. Tapi apa pun, ya aku utusan malaikat itu. Mereka Guardians aku." dia tersenyum.

Rasanya sama seperti senyuman Guardian Angel. Tidak boleh dipercayai.

Aku tidak menyambut tangannya.

Dia menarik tangannya dengan senyuman senget.

"Ah jadi, ada sesuatu yang saya nak sampaikan."

Chan mengeluarkan sebuah kertas dari beg kecilnya.

"Boo Seungkwan, mati pada tahun 2018, telah meminta untuk diberi peluang kedua iaitu untuk hidup kembali.

Malangnya, kami tidak dapat menunaikan permintaan itu kerana dosa membunuh manusia kucing sebelum ini. Jadi kerana itu, langit memutuskan kamu agar segera mencari perkara yang buat kamu menyesal dan relakannya supaya boleh berenkarnasi untuk kehidupan seterusnya."

Chan melipat kertas itu selepas habis membacakan isinya kepada aku.

Aku menelan air liur.

"Jadi segeralah buang penyesalan itu atau encik akan bertukar menjadi debu dan tidak dapat berenkarnasi selamanya."

Aku terdiam lagi.

Ya, aku patut merelakannya.

Tapi apa?

"Itu sahaja pesanan dari Guardian Angel. Saya pergi dulu." selepas menyelesaikan tugasnya, manusia itu bergegas pergi.

Khabar angin bahawa Guardian Angels itu kejam bukanlah rekaan.

Aku tahu aku dah buat salah.

Tanpa disedari air mata jatuh dari kelopak mataku. Aku cepat cepat mengesatnya menggunakan lengan kiri memandangkan tangan kananku sudah berbalut.

Aku tak akan dapat hidup balik untuk kehidupan ini.

Tapi kalau aku tak dapat berenkarnasi, aku tidak akan dapat hidup lagi selama lamanya.

Jadi.. Aku harus temui apa sebenarnya yang buat aku menyesal.

Ha..

Kepala didongak ke langit.

Kalaulah aku tak pernah membuat kesalahan.

Aku.. Minta maaf.

Step Back! | Boo SeungkwanWhere stories live. Discover now