04

273 79 38
                                    

❝ A luck comes with another hope

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

❝ A luck comes with another hope. But unfortunately, it's just a luck.❞

────────────
+++






Dua minggu berlalu begitu saja.

Aku tidak dapat menumpukan perhatian terhadap pembelajaran. Badan ini menjadi tidak bermaya sejak belakangan ini.

Mungkin aku patut jumpa doktor, ambil cuti dan berehat sebentar.

Sekurang kurangnya bolehlah aku berehat.

Dan lari dari syaitan bertopengkan manusia itu.

"Seungkwan, markah ujian bulanan awak menurun. Awak antara pelajar pelajar yang mendapat keputusan paling rendah. Jadi saem telah menetapkan untuk membuat kelas tambahan untuk bantu awak semua. Kelas itu bermula dari hari ini. Harap dapat beri kerjasama."

Malangnya, jangkaan aku meleset.

"Kehadiran diwajibkan."

Aku kehilangan kata kata ketika berdiri di depan saem.

Kenapa? Kenapa semua ini perlu jadi kepada aku?

Kenapa bukan esok? Kenapa mesti hari ini?

"Seungkwan? Seungkwan-ah? Kenapa? Ada masalah ke?"

Aku tersedar kembali. Saem memandang aku dengan hairan.

"Er- tak ada apa apa.."

Saem mengangkat keningnya.

"Kalau macam tu, awak boleh balik ke kelas." ucap saem sambil menghulurkan buku rekod peperiksaan kepada aku.

Dalam diam aku mengeluh dengan berat sambil mengambil buku di tangan saem.

Bukan kerana keputusan ujian aku yanh teruk.

Bukan juga kerana kelas tambahan yang diadakan.

Haihh, tidak perlu menyatakannya. Semua pun tahu.

_______

"Yah, Kijae. Bagi sini lighter kau."

Tak sempat Kijae mahu menghulurkan lighter nya, Hunjoon telah merampas lighter itu dari tangannya.

Dia menggeleng. Lahai, kawan hanat sorang ni. Buruk saja perangai.

Apa boleh buat? Dia pun sama. Sebab tu mereka berkawan.

"Eh, eh, tengok tu. Budak Boo tu lah!"

Seperti tertarik dengan remaja itu, nampaknya Hunjoon terus menyedari kehadiran Seungkwan di sekitar mereka dengan pantas. Dia tersenyum senget.

Rokok di bibirnya dihisap penuh nikmat. Asap keluar dari mulut dan hidung mereka.

Tanpa berlengah mereka pergi menyerbu mangsa mereka dengan gembira.

________

Seungkwan berjalan seorang diri sambil mengelamun. Hari sudah malam.

Kelas tambahan yang memenatkan. Takkanlah sepanjang bulan ni dia kena belajar sampai malam?

Tiba tiba satu tangan merangkul lehernya.

Seungkwan memberhentikan langkah lalu menoleh.

Ah..

Kelihatan Hunjoon sedang menghisap lolipop sambil meletakkan tangannya di bahu Seungkwan dengan selamba.

Ah, itu bukan lolipop. Itu rokok.

"Eh, kenapa berhenti? Jalanlah." satu suara datang dari sebelah kirinya pula.

Dia menoleh dan rupanya itu ialah Kijae yang sedang tersenyum manis kepadanya.

Seungkwan menggenggamkan tangan.
"Apa kau tunggu lagi? Jalann!" kata Hunjoon dengan gembira sambil memaksa dirinya bergerak.

Dia tidak mampu berbuat apa. Hanya menurut dan mendiamkan diri.

Baguslah, mereka berdua pun seolah olah tidak terlalu mengganggunya. Melainkan berkepit dengannya seperti bodyguards.

Hunjoon di sisinya termenung sambil menghisap rokok. Entah apa yang ada dalam mindanya sampai memasang muka seserius itu, tiada siapa yang tahu.

"Yah, Hunjoon. Tu bukan kereta bapak kau ke?"

Mendengar perkataan bapak terus Hunjoon membuang rokoknya ke tanah. Tanpa mempedulikan Seungkwan, dia berpatah balik.

"Wei, Hunjoon-ah! Tunggulah aku!" Kijae mengejar Hunjoon.

Seungkwan melihat mereka pergi dengan nafas lega.

Tuah apa dia hari ini?

Step Back! | Boo SeungkwanWhere stories live. Discover now