11

240 68 20
                                    

❝ You need to step back and give yourself some time to work through this

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

❝ You need to step back and give yourself some time to work through this.❞

──────────
+++







Kaki dilayangkan di udara. Ke depan belakang sambil melanggar arah tiupan angin yang bertiup kencang dari sisi. Hari ini matahari bersinar terang menerangi seluruh bandar Seoul.

Seungkwan mencelikkan mata ketika cahaya terang itu memasuki kornea matanya. Tidak pedih, namun masih menghalang pandangan. Dia sekarang duduk di tebing rooftop sekolah sambil menikmati pemandangan bandar ini dari atas.

Selepas semua yang terjadi, entah bagaimana dia masih di sini.

Langit nampaknya tidak mahu memberikan jawapan. Meninggalkan dia sendirian lagi. Dengan persoalan dan tanda tanya.

Seungkwan mengeluh. Sudah banyak yang telah dia lakukan bersama Hansol. Tapi semua tidak menjadi.

Dan sekarang dia kembali bertanya kepada diri sendiri, apa sebenarnya yang dia sesalkan?

Entahlah.

Mungkin dia patut berhenti serabutkan fikirkan dengan semua ini. Tenangkan diri, kemudian buat keputusan yang betul.

Benar, dia hanya terburu buru selama ini.

Awan redup bergerak sesuai tiupan angin, dengan perlahan menutupi cahaya matahari yang terpancar ke arahnya. Menjadikan cuaca tenang yang sempurna untuk saat ini.

Bandar Seoul di depannya itu, sibuk sentiasa. Semua manusia terburu buru menyelesaikan kerja mereka.

Masing masing mahu kerja yang berat ini segera berakhir dan berehat. Itulah lumrah manusia.

Seungkwan tersenyum.

Semoga dia tidak berakhir menjadi.debu yang berterbangan bersama angin nanti.

_________

"Hansol-ah!"

Seungkwan melambaikan tangannya apabila melihat Hansol yang kebetulan juga sedang mencari dia di situ.

"Ah, Seungkwan. Ada apa?"

Seungkwan menarik tangan Hansol dan berlari ke atap rooftop.

"Tengok ni, cantik kan?" ucap Seungkwan sambil menunjukkan permandangan yang cantik itu.

Hansol tak menjawab sebaliknya dia hanya menikmati permandangan itu tanpa suara.

Tiba tiba Hansol mengeluarkan sesuatu dari poketnya lalu memberikan itu kepada Seungkwan.

"Seungkwan-ah. Nah."

"Eh-?"

Bibirnya tak dapat berkata tatkala melihat barang miliknya di tangan Hansol.

"Ni kan, telefon saya.." Seungkwan mengambil telefonnya sambil membelek belek telefon itu berkali kali.

"Entahlah. Saya jumpa dalam kelas, tapi macam mana boleh ada kat sana?"

Dia terdiam.

Betullah, selepas dia habis menelefon ibunya hari itu, Hunjoon terus menyerbu dan membelasah dia.

Mungkin telefon ini tertinggal di situ..

Seungkwan membuka telefonnya. Nasib baik bateri masih ada. Dia lalu melihat kontak terakhir dalam senarai panggilan.

"Eomma?"

Hansol turut memanjangkan leher menjeling ke isi kandungan gajet itu.

"Ah, saya rindu eomma.." Seungkwan menghela nafas sambil mengalihkan pandangannya ke arah bertentangan.

Hansol mengangkat kening. Dia tersenyum.

"Apa? Mungkin ini yang awak sesalkan.. Tak dapat tunaikan harapan eomma awak?" dia meneka suka suka.

Seungkwan memandang Hansol dengan muka terkejut.

"Apa..?"

"Ah, jomlah! Nanti kita pergi Pulau Jeju nak tak? Siapa tahu mungkin–" remaja itu merangkul leher Seungkwan dengan gembira.

Sambil dirinya masih bingung tak terkata. Dia memandang kontak panggilan di telefon itu sekali lagi.

Step Back! | Boo SeungkwanWhere stories live. Discover now