09

309 70 63
                                    

❝ Maybe i'm not always unlucky

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

❝ Maybe i'm not always unlucky.❞

──────────
+++






Seorang kanak kanak kecil melintasi aku.

Selepas kejadian itu, Hansol membawa aku ke kedai bunga milik neneknya. Bolehlah aku tenangkan fikiran di ruangan harum yang dipenuhi bunga ini.

Takde la nampak terlalu menyedihkan. Dengan darah mahupun tangan patah ini. Bukan?

Dia memang ada dua orang abang, tapi dia tidak pernah cakap ada adik.

Siapa pula budak ni?

"Ah Seokmin hyung.. Janganlah jadi budak budak pula, ada tetamu ni." kata Hansol dengan sedikit marah.

Ah, sedikit sahaja. Dia tidak serius.

Kanak kanak yang dipanggil Seokmin itu memainkan jarinya dengan muka polos.

Sekejap, ni abang dia? Tapi–

"Maaf, wujud sebenar kami adalah seorang budak kecil. Kami hidup bersama nenek sepanjang hayatnya. Kerana kami dari bunga, jadi kalau dijaga dengan baik nanti kami boleh membesar mengikut apa yang diinginkan!" terang Hansol kepada aku dengan ceria.

Seokmin tadi sudah berlari masuk melalui sebuah pintu di belakang kedai ini.

Ah, begitu rupanya. Mereka adalah manusia bunga yang diciptakan nenek mereka. Atau apa itu, Grandma Fairy?

Aku pernah melihat mereka sebagai remaja yang seumuran dengan aku. Bersama seseorang dari keluarga harimau jadian.

Umur mereka sebenarnya berapa?

"Mungkin Seokmin hyung hanya mahu bermain. Kami sudah lama tidak menjadi kanak kanak.."

Aku melihat Hansol dengan pelbagai fikiran.

Dia yang paling muda, tapi mentalnya yang paling matang.

Bukan?

"Ah, apa apa pun, macam mana?" tiba tiba dia bertanya soalan itu.

Keluhan serta merta keluar dari mulutku tanpa sedar.

Aku menggeleng.

"Tidak boleh. Saya kena cari apa yang buat saya menyesal dan berehat dengan tenang lepas ni.. "

Sepi seketika. Huh? Dia tidak bereaksi apa apa?

Hansol meletakkan jarinya didagu ketika aku menoleh kearahnya.

Oh, rupanya dia sedang berfikir. Apakah dia sedang fikirkan penyesalan aku tu?

Baiknya.. Aku tersenyum hangat.

"Kalau tak silap, sebelum awak mati, awak nak masuk pertandingan menyanyi kan?" tanya Hansol.

Eh?

"Macam mana boleh tahu?"

"Oh, utusan dari malaikat itu yang beritahu. Hahaha, dia tahu banyak benda."

Ahh, utusan itu?

Aku menundukkan kepala. Mungkin betul kerana itu.

"Mungkin.. "

Hansol menepuk tangan dengan bangga.

Tapi macam mana aku mahu relakan ini? Relakan impian sendiri..

"Baiklah! Sudah diputuskan! Kita akan buat pertandingan menyanyi sendiri. Pesertanya ialah Seungkwan, Jihoon hyung dan Seokmin hyung!"

A-apa?

Hansol melihatku dengan mata bersinar sinar.

"Ha? Tak cukup ke tiga orang? Nak ajak Guardian Angels?"

Mendengar nama Guardian Angel aku terus mengeleng berkali kali. Tidak, tidak. Aku dah malu tunjuk muka dekat malaikat berdua itu.

Tapi, pertandingan menyanyi? Adakah dia serius?

Hansol tersenyum sambil menanti jawapan aku.

Mengapa dia berusaha terlalu keras? Dia boleh je abaikan aku ni sejak berjumpa dekat rooftop..

"Macam mana?" tanya Hansol dengan teruja.

Aku lambat lambat mengangguk dengan perasaan gembira.

Dia sungguh baik. Macam mana boleh ada seseorang seperti itu di dunia ini?
Kalau aku berenkarnasi nanti, aku tidak akan melupakannya.. Aku akan membalas kebaikan dia.

Kepala diangkat dengan yakin, aku memandang Hansol dengan yakin.

"Ya!"

Step Back! | Boo SeungkwanWhere stories live. Discover now