05

287 77 57
                                    

❝ Reality is always harder than imagination

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

❝ Reality is always harder than imagination. But we're actually stronger than people think❞

────────────
+++






Aku memasuki kelas lalu duduk di salah satu kerusi.

Talefon dikeluarkan dari poketku. Serta merta, meskipun aku tidak mahu, wajah eomma terlintas di dalam minda.

Aku mencari contact nombor eomma untuk menelefonnya.

Tit titt. Tit titt.

"Hello?"

Mataku bergenang tiba tiba apabila mendengar suara lembut itu.

"..."

"Hello, siapa ni?"

"Eomma.. Ini saya.. Seungkwan." lambat lambat aku menjawab. Suara eomma terdengar agak penat.

Ah, ia pasti sibuk. Sampai tidak sempat melihat nombor yang menelefonnya.

"Seungkwan? Kenapa? Macam mana dengan sekolah?"

"..."

Aku tak mampu menjawab. Aku tak mahu risaukan mereka di sana. Mataku yang berair dikesat.

Aku mengambil nafas dalam.

"Saya cuma.. Gembira." akhirnya aku berbohong.

"Gembira? Baguslah. Uri Seungkwanie harus sentiasa gembira, ya."

"Baik.. "

Tit tittt

________


"Ayah dengar kamu membuli di sekolah."

Ayat pertama yang keluar dari bibir ayahnya membuat Hunjoon bergetar seluruh badan. Namun masih cuba dikawal supaya tidak ketara kelihatan di mata sesiapa sahaja.

Pernyataan itu tidak dijawab. Dibiarkan sepi tanpa jawapan.

Lagipun Dato' Lee sudah lama mengetahui apa jawapannya.

Lelaki tua itu menyelak surat khabar yang dibacanya. Sedikit pun tidak sudi melihat anaknya yang duduk di kerusi belakang.

Memalukan.

Biarlah, bukannya dia peduli. Paling tidak dia akan tutup mulut semua orang dengan duit yang dia ada.

"Macam mana dengan pertandingan itu? Kamu akan masuk, bukan?" soalnya lagi.

Kali ini Hunjoon menjawabnya.

"Ya." sepatah, tanpa nada mesra. Hanya satu jawapan yang kaku tanpa emosi.

Begitulah hubungan dia dengan ayahnya. Tidak akan ada kata rapat. Bermesra dan bermanja apatah lagi.

Semua itu cumalah angan angan yang tidak mungkin digapai walaupun dalam mimpi.

"Pastikan kamu dapat tempat pertama. Ayah tak mahu menahan malu melihat anak rakyat biasa dapat memenangi pertandingan itu sedangkan kamu tidak."

Hunjoon menggenggam tangannya. Kereta yang sempit itu menjadi saksi kata kata ayahnya.

"Tunjukkan potensi kamu."

_________



"Yah, Hunjoon! Bertenanglah! Kau nak bunuh dia ke?"

Tidak sempat Kijae menhentikannya, Hunjoon telah pun menghempaskan meja kayu itu dengan geram. Seungkwan yang terkena serpihan kayu yang patah mengerang kesakitan.

"Bodoh! Bodoh! Bodoh!! Mati jelah senang! Kau ni menyusahkan aku jelah argghhh!"

Dia membelasah Seungkwan habis habisan.

Kalau bukan sebab budak tu, dia tidak akan berada dalam tekanan. Dia pasti akan menjadi juara.

Tapi lihat. Budak ini mematahkan harapannya.

Dalam diam, dia sendiri sedar dia akan dikalahkan oleh Seungkwan. Sebab itulah dia buat semua ni.

"Arghhh!" jerit Hunjoon sambil menyerabutkan rambutnya.

Kemudian dia memandang Seungkwan yang sudah tidak bergerak.

"Woi. Woi, bangunlah sial. Baru kena pukul sikit dah pengsan ke?" dia menyepak tubuh itu menggunakan hujung kasutnya.

Tiada respons. Dia mengeluh.

Sial. Hari yang sial.

"Yah, Hunjoon. Apa kau dah buat? Dia tak bernafas." kata Kijae sambil meletakkan jarinya di bawah hidung Seungkwan.

Baru hendak melepaskan marah, ada masalah lain pula. Heish, budak ni menyusahkan betul!

Hunjoon mendekati Seungkwan untuk mengeceknya sendiri.

Selepas beberapa minit, masih juga tiada hembusan yang keluar dari hidungnya. Hunjoon memundur ke belakang.

"Ah, sial!"

Step Back! | Boo SeungkwanWhere stories live. Discover now