Chapter 12

6.5K 119 13
                                    

Norma kehidupan di asrama sejak Covid-19 "menyerang" sudah tidak sama seperti sebelumnya. Penjarakan sosial dipraktikkan secara ketat dan penghuni asrama masih lagi cuba menyesuaikan diri dengan norma baharu tersebut.

"Nak hugs...." Daniel Iskandar berbisik ke telinga Khairul Asyraf ketika menaiki tangga untuk pulang ke bilik mereka, selepas menikmati 'supper'.

Khairul Asyraf pula menyakat Daniel Iskandar dengan cuba memeluknya di kawasan terbuka. Bimbang ada yang memerhati, Daniel Iskandar menjarakkan dirinya dari Khairul Asyraf.

"Nak hugs jugak.... tapi dah tak boleh tidur sekali". Khairul Asyraf juga rupanya rindu akan dakapan teman lelakinya.

"Nak makan satu meja dah tak boleh... nak tidur sekali pun tak boleh... apa je yang boleh..." Daniel Iskandar seakan merajuk. Bukanlah menyalahkan Khairul Asyraf, tetapi kecewa dengan norma baharu yang terpaksa dipatuhi oleh semua penghuni asrama buat masa ini.

"It's okay... things will get better. At least we can still hanging out together, kan? I can still see your cute face".

Pujukkan Khairul Asyraf menjadi. Senyuman terukir di bibir Danial Iskandar. Mereka berdua berbual di koridor  untuk beberapa seketika sebelum masuk ke bilik.

Di kejauhan, sepasang mata memerhati. Ini bukanlah kali pertama dia memerhati tingkah laku kedua remaja tersebut. Dia seakan tahu, Khairul Asyraf dan Daniel Iskandar adalah lebih dari sahabat baik.

****

"Hi Daniel..."

Daniel Iskandar menoleh ke belakang apabila namanya diseru oleh suara yang agak familiar, Syafiq yang juga merupakan Exco biliknya.

"Hi, Syafiq... Ingatkan siapa la tadi. Haha"

"Nak pergi mana ni sorang sorang? Biasa berdua dengan si bf... eh, bff"

Daniel Iskandar agak terkejut dengan ayat yang dituturkan Syafiq itu... dan menyakinkan diri sendiri yang dia hanya bergurau.

"Takde la, nak pergi tandas je. Tandas kat level form kitorang tutup sebab paip pecah. Pastu Syafiq nak ke mana tengah tengah kelas macam ni?"

Walaupun Syafiq lebih gemar menggunakan panggilan "aku-kau" ketika hari pertama pengenalan, Daniel Iskandar lebih senang untuk membahasakan nama memandangkan Syafiq adalah senior nya.

"Ouhh, i see. Nak pergi bilik guru je kejap. Cikgu nak jumpa. K la Dann, belajar leklok, gerak luuu..."

Daniel Iskandar terus menapak ke tandas usai perbualan tersebut, terasa azab menahan kencing sungguh seksa!

****
Daniel Iskandar dan Khairul Asyraf dalam perjalanan ke dewan sekolah untuk bermain badminton. Memandangkan Khairul Asyraf seorang atlet badminton sekolah, Daniel Iskandar berkawan rapat dengan team badminton sekolah. Sekali sekala, dia akan 'turun padang' untuk berlatih bersama.

"Daniel... Khairul..."

Mereka berdua serentak berpusing ke belakang untuk melihat siapa yang memanggil nama mereka. Ternyata itu adalah Syafiq, exco bilik mereka.

"Korang nak gi mana? Busy ke"

"Hi syafiq... nak pergi dewan, main badminton"

Khairul Asyraf menjawab ringkas bagi pihak mereka berdua.

"Ouhh, Dann pun sama nak pergi dewan?"

"Yupp syafiq. Kenapa tu?"

"Ouh, ingat nak ajak teman tampalkan poster ni, kalau free"

Di tangan Syafiq, ada helaian kertas yang diserahkan oleh cikgu ketika sesi persekolahan tadi.

"Aaaa Dann, kau nak gi temankan Syafiq? Aku macam tak boleh ni sebab dah lama tak training sekali dengan team"

Khairul Asyraf bertanya kepada Daniel Iskandar atas dasar courtesy. Lagipun, tiada apa yang perlu dibimbangi olehnya.

"Aaaa okay la, boleh je tolong and temankan. Kirim salam kat yang lain eh"

"Okai awakk, see you!"

Syafiq hanya memerhati perbualan mereka berdua tanpa menyampuk.

"Okay Dann, jom pergi block tingkatan tiga. Tampal poster ni then kita naik level form 5. Then settle"

"Bolehhh, jom"

Mereka berdua bersama sama menampal notis berkaitan penukaran jadual belajar bagi tingkatan tiga dan lima, memandangkan banyak perubahan berlaku dalam takwim pembelajaran tahunan. Ini semua disebabkan oleh PKP!

"Last one... and done. Dann nak pergi main badminton pun sempat lagi ni. Thanks tolong"

"No problem syafiq, dah tak main rasanya ni, just nak pergi dewan tengok Khai and the gang training je la kot. Haha"

"Korang berdua... rapat eh?"

"Haah, nama pun best friend kan. Mesti la rapat"

Walaupun status mereka berdua sudah menjadi lebih dari best friend, itu merupakan jawapan selamat jika ada yang bertanya.

"Kawan rapat... or lebih?"

"Hahah apa maksud Syafiq. Nak lebih macam mana lagii"

Daniel Iskandar agak terkejut dengan soalan tersebut. Tetapi dia bijak untuk menyembunyikan riak wajahnya. Syafiq pula hanya diam tanpa soalan susulan.

"Okay la syafiq, nak gerak gi dewan dulu la. Apa apa roger eh"

Daniel Iskandar terus bergerak ke dewan meninggalkan Syafiq untuk mengelakkan ada lagi soalan soalan yang lain keluar

(To be continued....)
—-
Ps:
> Syafiq si exco ni siapa pulak? Yang ni korang kena refer balik chapter 1,
> kat chapter 2 pun, ada mata yang memandang dari kejauhan, diorang ni berkait. Chapter 5 pun Daniel ada dapat notes.
> saja je la remind in case korang tak dapat follow. Haha

Daniel IskandarWhere stories live. Discover now