Chapter 20

3.1K 96 19
                                    

Hari berganti hari, minggu berganti minggu. Kini, sudah beberapa bulan selepas kejadian di tebing sungai berlalu. Musim cuti sekolah hujung tahun sudah seminggu berlalu dan Syafiq masih belum menyebarkan rakaman yang di ambil. Perasaan cemas dan bimbang terus membelanggu Daniel Iskandar dan Khairul Asyraf.

"Bosan ah babe..."

"Ye la tu khai... kita pulak still underage untuk dapat vaksin. Kalau tak, boleh la lepak kedai makan ke, buat apa apa aktiviti sekali ke.

Seperti kebiasaan, Daniel Iskandar dan Khairul Asyraf saling menghubungi melalui face time untuk bertanya khabar mahupun berborak kosong.

"Dann, jom pergi sungai hujung kampung rahmat esok?"

"Bahaya laa, kena tangkap lagi macam mana?"

Khairul Asyraf sekadar memberikan cadangan. Sesungguhnya bercakap melalui telefon tidaklah begitu seronok, jika dibandingkan bertemu secara bersemuka.

"So... ada suggestion lain?"

"Awak datang rumah kita la? Lepak luar rumah pun boleh?"

"Haaa, nice jugak tu. Kita jumpa esok?"

Belum sempat Daniel Iskandar memberikan pengesahan, pintu biliknya diketuk.

"Angah... angah... Buat apa apa tu?"

"Ya ayahh... angah tengah cakap phone je ni. Kenapa ayah?"

"Turun bawah kejap... ada family discussion..."

"Okay ayahh. Jap Angah turun"

Daniel Iskandar sekadar melaungkan jawapan dari dalam bilik tanpa membuka pintu.

"Sorry Khai... Japgi kita sambung. Ayah panggil..."

Daniel Iskandar menuruni tangga dan kelihatan ayah, ibu dan alongnya sudah berada di ruang tamu. Kak Yah pula baru sahaja siap menghidangkan teh panas sebelum menghilang ke dapur.

"Angah ada apa apa nak cakap kat ayah, ibu dan along?"

Along sesungguhnya tidak mengetahui apa yang terjadi. Namun, dia hanya diam membisu mengikut rentak ibu ayahnya.

"Takde apa apa ayah... Kenapa ni?"

Walaupun dia sudah boleh menjangka, dia memilih untuk "play dumb". Lalu, telefon dikeluarkan oleh ayahnya dan video yang diambil Syafiq terpampar. Alongnya yang baru pertama kali menonton video pendek tersebut tergamam dan merenung wajah Daniel Iskandar. Ibunya pula sudah mula menangis.

"Okay, sekarang ada apa apa yang Angah nak bagitahu kami semua?"

"Ibu, ayah, along... Angah nak bagitahu yang..."

"Yang apa, angah!?"

Along memotong percakapannya dek kerana tak sabar menunggu.

"Angah suka lelaki..."

"Astaghfirullahalazim... anak ibu.... Kenapa angah boleh jadi macam ni... Ibu ayah tak pernah ajar angah jadi macam ni..."

Ibunya Daniel Iskandar mula teresak esak. Ayahnya masih rasional dan Alongnya kehilangan kata.

"Angah mintak maaf ibu, ayah, along... Angah pun tak tahu angah akan jadi macam ni.."

Sepanjang bercakap, Daniel Iskandar memandang lantai... air mata jernih dibiar berjujuran tanpa diseka.

"Kalau ayah boleh tahu... kenapa Angah boleh jadi macam ni...?"

"Angah tak tahu ayah. Angah memang sukakan Khai. Dia banyak tolong Angah go thru banyak benda kat asrama dan sekolah. Dulu ayah ibu pernah tanya pasal cikgu yang kena tahan polis, tu semua berkait dengan Angah..."

Daniel IskandarWhere stories live. Discover now