Chapter 8

9.2K 163 6
                                    

"Khai, kau okay? Dah tiga hari kau tak reply text aku"

Selepas kejadian di taman Kuala Berang Waterfront beberapa hari lepas, Khairul Asyraf terus menghilangkan diri. Call dari Daniel Iskandar tidak diangkat, whatsapp juga tidak dibalas.

"Aku nak mintak maaf. I shouldn't reacted macam tu bila kau cakap kau suka aku"

Tiba tiba text Daniel Iskandar dibalas.

"And aku nak mintak maaf sebab confess macam tu kat kau. Hope everything akan okay dengan persahabatan kita ya, budak kecik"

"Of course, Khai. Btw, nak stay over rumah aku for few days? Parents aku ada emergency matter kat KL. Kejap lagi diorang gerak"

"Cun, petang sikit aku gerak rumah kau"

Ibu bapa Daniel Iskandar terpaksa ke Kuala Lumpur secara mengejut disebabkan urusan kerja. Daniel Iskandar memilih untuk tinggal di rumah sahaja untuk menyiapkan kerja rumah yang diberi sebelum cuti sekolah bermula. Makan minumnya akan diuruskan bibik.

Rumah Khairul Asyraf dan Daniel Islandar hanyalah lebih kurang 8 KM. At least dia ada partner untuk berbual dan untuk menyiapkan kerja rumah.

*****
"Welcome to my house, Khai. Ni Kak Yah"

Daniel Iskandar menyambut Khairul Asyraf di muka pintu dan memperkenalkan bibik yang berasal dari Indonesia. Kak Yah sudah bekerja dengan keluarga ini hampir 5 tahun.

Jam sudah menunjukkan pukul 9 malam. Khairul Asyraf terpaksa datang agak lewat kerana menunggu ayahnya pulang terlebih dahulu.

"Kau dah dinner? Kalau belum aku boleh mintak Kak Yah siapkan makanan?"

"Thanks, dah makan tadi kat rumah tadi. Parent kau dah gerak ke KL?"

"Dah siang tadi. Kalau dah dinner jom lepak bilik aku"

Khairul Asyraf hanya mengikut Daniel Iskandar. Adabnya di rumah orang dijaga.

Bagi Daniel Iskandar, Khairul Asyraf adalah orang pertama yang pernah sampai di rumahnya sejak dia berpindah sekolah.

"Are we good, Dann?"

Khairul Asyraf bertanya sebaik sahaja dia masuk ke dalam bilik.

"Of course we are. Are you?"

"Haha, okay je kot. Ada movie best ke dalam PC kau tu?"

Khairul Asyraf memuncungkan mulut ke arah PC yang ada di sudut bilik tersebut.

"Tak sure, bukak la Khai kot ada apa apa yang kau berkenan nak tengok"

"Emm kalau macam tu jom layan satu movie Thailand ni, Love of Siamese. It's a gay movie, tapi Aku terbaca kat somewhere tadi, diorang cakap best"

"Emmm I don't know if i will like it, tapi Kau search ah dulu, aku gi bilik air jap"

Daniel Iskandar agak hesitate untuk menonton filem bergenre sebegitu tetapi dia hanya meng-iya kan saranan Khairul Asyraf.

Mereka menghabiskan masa pada malam itu dengan menonton filem Love of Siammese itu. Cerita yang berkisarkan dua kanak kanak yang terpisah sejak kecil dan bertemu semula selepas meningkat remaja. Tetapi, kisah cinta mereka terhalang oleh keluarga yang tidak bersetuju dengan hubungan sejenis. Pengakhiran cerita, kedua remaja itu berpisah dan hanya menjadi rakan.

Usai menonton, mereka terus menuju ke katil untuk tidur.

"How was the movie, budak kecik?"

"Jalan cerita dia a bit slow, but the ending was sad. What if Tong takkan jumpa cinta yang lain, and Mew akan tetap kesunyian?"

"I don't know, Dan. Aku harap benda tu takkan jadi kat aku"

Mereka berdua mengatup bicara setelah mengulas mengenai cerita yang baru sahaja ditonton.

"Dan, kau okay ke dengan aku?"

"Apa maksud kau? Aku okay je la dengan kau"

"Aku cakap aku suka kau... So, kau tahu la aku suka lelaki. Tapi kau still nak berkawan dengan aku?"

"To be honest, aku pun macam minat kat kau since hari pertama kau tegur aku... then masa first time kita tidur sekatil. Tapi..."

"Tapi apa, Dan...?"

"Aku confused dengan diri aku sendiri. Aku tak tahu apa yang aku rasa sebenarnya"

"It's okay, budak kecik. Aku ada je kat sini once kau dah figured out apa perasaan kau sebenarnya. Okay?"

"Thanks Khai. Jom tidur"

Tanpa apa apa amaran, Khairul Asyraf mencium dahi Daniel Iskandar. Dia hanya terpaku dengan kejadian tersebut.

"Good night, budak kecik"

****
Jam menunjukkan pukul 4.00 pagi. Khairul Asyraf sedang lena tidur di sebelahnya. Seakan ada suatu kuasa ghaib yang menyuruh Daniel Iskandar untuk merapatkan badannya kearah Khairul Asyraf.

Daniel Iskandar mengambil peluang itu untuk merapatkan badan ke arah Khairul Asyraf dan memeluknya.

Khairul Asyraf yang tersedar dengan perbuatan Daniel Iskandar membalas pelukan itu. Mereka berdua kembali tertidur...

(Bersambung)

Daniel IskandarWhere stories live. Discover now