Chapter 5

10.7K 154 3
                                    

"Kau bagitahu orang, mampus kau... aku sebarkan gambar bogel kau ni"
Cikgu Hafiz menunjukkan gambar bogel Daniel yang sempat ditangkapnya ketika dia tertidur selepas teruk dikerjakan. Daniel hanya mampu memandang kosong gambar tersebut dan kemudian matanya beralih melihat muka manusia yang dianggap paling keji itu.
Dalam perjalanan pulang kedorm, Daniel hanya mampu menangis dan menangis semahunya. Dalam fikirannya sedari tadi asyik mengeji dirinya sendiri dan mengeji Cikgu Hafiz. Dia merasakan dirinya dalam keadaan yang sangat hina dan kotor.!

"Angah.. Angah..! Bangun..!!"

Ayah Daniel menepuk-nepuk badan Daniel untuk mengejutkannya dari tidur.

"aaaa, ayah.. kenapa?"

"Ayah dengar angah menjerit tadi. Angah okey?"

"aaa.. Angah okey Ayah, angah tak apa-apa. Mimpi ngeri kot tadi, terbawa bawa sampai mengigau pulak..."

"Okey.. ada apa-apa panggil ayah ye"

Setelah ayahnya keluar, Daniel sempat melihat jam ditangannya. Jam baru menunjukkan pukul 3.50 pagi. Terlalu awal untuk terjaga. "ahhh, celaka kau mimpi.!". Perasaannya membentak bentak dalam kegelapan malam ketika itu.

Mimpi yang dialaminya sebentar tadi sebenarnya hanyalah satu 'ulang tayang' daripada kejadian sebenar yang menimpa dirinya beberapa minggu lepas. Kejadian yang tak mungkin dilupakan oleh Daniel. Sehingga kini, masih tiada sesiapa pun yang mengetahui kejadian tersebut termasuklah rakan baiknya sendiri, Khairul.

                                               **********************
"Budak kecik, kau okey?"
"Aku okey je... Kenapa kau tanya?"

"Takde lah, aku tengok kau makin suka termenung sekarang. Lepak sini pun bukan nak ajak aku sekarang"

Daniel dan Khairul sekarang berada di atas menara yang menempatkan tangki air sekolah mereka. Tidak ramai pelajar yang suka memanjat menara tersebut pada waktu petang kerana kebanyakkan pelajar asrama lebih memilih untuk bermain di padang mahupun menghabiskan masa di bilik sahaja.

Bagi Daniel, dia suka memanjat menara tangki air tersebut kerana pemandangan yang dapat dilihat. Kawasan sekolah barunya dan hutan yang terdapat di belakang sekolahnya. Sememangnya Daniel memang menyukai tempat tinggi.!

"Aku bukan taknak ajak kau, aku ingatkan kau ada latihan Badminton petang ni. Lagipun aku just nak habiskan masa sorang-sorang petang ni"

Diam... Jela tanpa apa-apa perbualan antara mereka berdua.

"Khai, aku sebenarnya nak bagitau kau something..."

"Apa Dann? Aku sedia nak dengar ni"

"Aku sebenarnya..."

"Sebenarnya?"

"Ahh. Sorry Khai... aku rasa aku tak patut cerita kot. Sorry."

"What theeee. kau bazirkan setengah minit aku tunggu kau nak cakap apa kot.."

Daniel sudah tergelak gelak melihat reaksi si Khairul Asyraf. Dia sempat menjeling melihat rakan baiknya itu. Manis dipandang dan terlampau baik dengan dirinya. Kadang kadang dia sangat bersyukur kerana dikurniakan rakan sebegitu.

"takde pape yang penting lah Khai. lebih baik kau bazirkan masa tunggu aku bercakap dari kau bazirkan masa kau jatuh cinta kat orang yang tak sayangkan kau..."

Si Daniel cuba ber pickup line bagi meredakan suasana. mereka berdua kembali terdiam sambil menikmati pemandangan sekolah dan kawasan sekitarnya dari menara tangki air sekolah mereka sebelum matahari terbenam.

                           ***************
" I know what you did last month..."

Daniel terus mengoyakkan cebisan kertas yang tertulis note tersebut dan membuangnya ke dalam tong sampah. Cebisan kertas itu ditemui Daniel di dalam laci meja selepas waktu rehat tamat tengah hari tadi. hanya setelah pulang ke asrama baru dia sempat membacanya. Ini merupakan kejadian keduanya menerima cebisan nota sebegitu.

Dalam fikirannya, kejadian bersama dengan Cikgu Hafiz itu kembali berputar. Daniel cuba untuk mengaitkan beberapa orang yang dikenali dengan incident note itu, tetapi gagal. Dia tidak mampu mengsyaki mana mana kawan sekelasnya yang berbuat demikian.

"Kringgggg.. kringgggggggg.. kringgggggg"

loceng asrama dibunyikan exco bertugas menandakan waktu kendiri telah tamat dan waktu prep sesi petang bermula. Daniel sempat mengambil buku latihan Matematik sebelum bergegas turun ke bilik prep. Pelajar yang lambat meninggalkan dorm masing masing untuk ke bilik prep akan didenda dan merit akan ditolak.

Kebiasaannya waktu prep petang akan digunakan sebaiknya oleh para pelajar untuk tidur dengan harapan tiada warden yang akan datang meronda. sudah tentu mereka akan dikejutkan warden sekiranya mereka kantoi tidur waktu prep.!

*****
Di bilik prep, Khairul Asyraf duduk bersama rakan rakan tingkatannya yang lain, bukan dengan Daniel seperti kebiasaannya. Sejak pagi, dia lagi sekali menjauhkan diri dari Daniel.

"Are you okay, Khai?"

Daniel bertanya setelah mengajak Khairul Asyraf keluar dari bilik prep.

"I'm good... just not in a mood to talk. I am sorry".

Ringkas jawapan Khairul Asyraf sebelum bergerak masuk ke bilik prep, meninggalkan Daniel tanpa jawapan.

Daniel tahu, sesuatu telah terjadi dan dia tidak mahu menekan Khairul Asyraf. Hati kecilnya mendoakan yang baik baik sahaja.

(bersambung....)

Daniel IskandarWhere stories live. Discover now