Chapter 19

3.1K 133 13
                                    

Raya Aidilfitri menjelma setelah sebulan umat Islam berpuasa. Seperti tahun sebelumnya, tiada yang menarik untuk dilakukan di hari raya disebabkan oleh SOP ketat yang dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia bagi membendung penularan COVID-19.

Di hari raya kedua, Daniel Iskandar mengambil keputusan untuk menghantar pesanan teks kepada Khairul Asyraf. Daniel Iskandar nekad untuk membaiki hubungan mereka yang kian menjauh itu.

"Selamat hari raya khai... mintak maaf untuk semua salah silap"

Hampir setengah jam menunggu, tiada pesanan balas diterima oleh Daniel Iskandar. Kecewa, namun dia tidak berputus asa.

"Can we meet? We need to talk... I don't want to lose you"

Khairul Asyraf ketika itu sedang merehatkan diri setelah hampir dua jam menghadap permainan atas talian (online game) ketika menerima pesanan teks daripada Daniel Iskandar. Hampir sahaja dia membalas ucapan raya yang diterima, namun dia kembali teringat dengan apa yang berlaku seminggu yang lepas. Daniel Iskandar keluar dari bilik majalah dan Syafiq mengakui sendiri yang mereka sedang "berseronok". Disebabkan itu, niatnya untuk membalas pesanan teks terbantut. Seketika kemudian, satu lagi pesanan diterima daripada Daniel Iskandar, mengajak mereka bertemu dan dia terpaksa untuk membalasnya.

"Nak jumpa aku untuk apa lagi Dann? Pergi la kat Syafiq sana"

"Kitorang takde apa apa pun, kenapa nak jumpa dia? Lets meet up Khai, and clear things up?"

"Lockdown, macam mana nak jumpa?"

"Jom jumpa kat hujung kampung Rahmat? Still dalam daerah yang sama and ada port lepak kat tepi sungai"

"Emmm, okay. Jumpa petang ni pukul 5"

Khairul Asyraf akhirnya bersetuju untuk bertemu, dengan harapan ada kata putus berkaitan dengan hubungan mereka. Walaupun hatinya kegalauan dengan apa yang terjadi, dia tetap merindui Daniel Iskandar.

***
(4.30 petang, Kampung Rahmat)

Syafiq ketika itu sedang duduk di halaman rumahnya sambil memetik gitarnya. Sambil itu, dia memerhati kenderaan yang lalu lalang di jalan utama bagi menghilangkan kebosanan.

Sedang asyik memetik gitar, dia melihat Khairul Asyraf menaiki motor menghala ke hulu kampung.

Selang 15 minit kemudian, dia melihat kelibat Daniel Iskandar pula yang juga menaiki motor menuju ke arah yang sama. Dia merasakan Daniel Iskandar dan Khairul Asyraf akan bertemu dan dia tidak boleh membiarkan perkara itu terjadi. Peristiwa yang terjadi di bilik majalah masih melekat di ingatanya dan tekadnya untuk meruntuhkan hubungan Khairul Asyraf dan Daniel Iskandar masih membara.

Lantas, Syafiq mengenakan baju yang sedari tadi berada di bahunya dan terus menghidupkan motorsikal nya. Tujuannya hanya satu, mengintip Daniel Iskandar dan Khairul Asyraf!

"Mamaaaa, Syafiq keluar kejap..."

Dia sempat melaung ke arah mamanya sebelum berlalu pergi meninggalkan kawasan rumahnya. Dia meronda kawasan kampung, mencari keberadaan pasangan tersebut.

****
"Hi awak... awalnya? dah lama sampai?"

"As usual, on time is late. Baru je lagi, awak pun awal jugak sampai, belum pukul 5 pun lagi"

Khairul Asyraf sekadar berbasa basi bagi mengelakkan suasana canggung.

"As u said, on time is late, babe"

Daniel Iskandar pula hanya sekadar mengulang kembali apa yang dituturkan oleh Khairul Asyraf. Dia melihat keadaan sekeliling dan kelihatan tiada seorang pun yang berada di kawasan itu. Mungkin disebabkan PKP, fikirnya.

"So Dann... kenapa nak jumpa? Nak cakap pasal apa?"

"Emmm, I miss u Khai... kenapa kita gaduh sampai macam ni?"

"Idk... u tell me?"

"Dann dengan Syafiq tak ada apa apa pun. Dan still sayang kat Khai"

"Then kenapa Syafiq bagitahu korang berdua "seronok seronok" dalam bilik majalah?"

Daniel Iskandar mengambil keputusan untuk menceritakan segala yang terjadi di antara dia dan Syafiq, termasuklah apa yang terjadi di bilik majalah. Khairul Asyraf hanya menyepi, mendengar segala penjelasan yang diberikan.

"So... Khai, can we get back? I really don't want to lose you..."

Khairul Asyraf pada asalnya agak ragu ragu, namun begitu, dia meyakin kan diri untuk percaya dengan segala penjelasan yang diberikan.

"Emmm okay budak kecik. Khai mintak maaf kalau selama ni Dann terpaksa hadap semua ni"

Sebaik sahaja Khairul Asyraf menghabiskan ayat tersebut, Daniel Iskandar terus memeluk si buah hatinya. Terserlah kegembiraan di wajahnya. Usai melepaskan pelukan, Khairul Asyraf memegang tangan Daniel Iskandar.

(Pada masa yang sama)

Setelah seketika mencari kelibat Daniel Iskandar dan Khairul Asyraf, Syafiq akhirnya terlihat motosikal mereka di parkir di kawasan sungai dari kejauhan.

Dia bertindak untuk menghampiri kedua mereka secara senyap. Motor diparkir jauh dan dia berjalan sesenyap yang boleh bagi mengelakkan kehadirannya di situ diketahui.

Sebaik sahaja Syafiq melihat kelibat Daniel Iskandar dan Khairul Asyraf, dia terus menyorok di kawasan semak. Nasibnya baik, ketika itu Daniel Iskandar memeluk Khairul Asyraf. Secara spontan, perbuatan itu terus dirakam menggunakan telefon bimbitnya.

Syafiq mengambil keputusan untuk menghampiri mereka berdua setelah merakam perbuatan mereka. Tujuannya adalah satu, untuk membuat provokasi!

"Hey... tengah date ke tu? Nak join boleh?"

Daniel Iskandar dan Khairul Asyraf yang sudah meleraikan pegangan tangan agak terkejut dengan teguran yang tiba tiba itu.

"Kau nak apa Syafiq? Daniel dah explain semua benda kat aku and dia taknak kat kau... Stop la kacau dia"

"Okay Khai... aku akan stop kacau buah hati kau. Tapi aku akan kacau parents korang pulak lepas ni"

"Apa yang kau mengarut ni!?"

"Oh... takde pape. Aku macam nak hantar video and gambar korang berpeluk and pegang tangan kat parents korang... Aku nampak and rakam semua benda"

Sebagai seorang exco asrama, Syafiq mempunyai aksess kepada no telefon waris penghuni asrama jika ada berlaku apa apa kecemasan. Kali ini dia bercadang untuk menyalah gunakan akses tersebut.

Daniel Iskandar dan Khairul Asyraf tergamam. Marah dan takut bercampur baur.

"Enjoy la ye korang... aku balik dulu. Bye Daniel comel and Khai..."

Senyuman sinis terukir di wajah Syafiq dan dia terus berlalu pergi, meninggalkan merpati dua sejoli terkapai kapai dalam ketakutan.

(Bersambung...)

—-
Ps:
- Kalau suka mohon vote dan komen. Atau kalau tak faham story line, bolrh jugak komen.
- Lagi satu or dua chapter je lagi then cerita ni akan tamat. Haha
- Happy weekend!

Daniel IskandarWhere stories live. Discover now