Dangerous

694 76 39
                                    

Mawar POV

Sejak kebelakangan ini, aku perasan yang aku selalu diikuti.

Haih!

Sibuk je nak tahu pasal hidup orang. Aku tak kacau hidup orang lain pon.

Aku membuka pintu apartment aku.

Sejak kembali semula ke Seoul beberapa bulan yang lalu, aku menjadi semakin sibuk lagi-lagi hal yang berkaitan dengan kes 2 tahun lepas. Dah nak masuk tahun 2021 dah ini.

"Assalamualaikum.."

"Waalaikumussalam.. Lewat balik."

"Tadi singgah jumpa Risa unnie kejap. Omma masak apa hari ini?"

"Ouh.. Hari ini omma masak ayam masak merah kesukaan kamu."

"Woah! Patutlah bau sedap. Tak sabarnya nak makan. Mawar masuk bilik dulu. Nak mandi dulu."

"Okay.. Kita makan saing dengan appa. Kejap lagi dia balik."

"Baik!"

Aku melangkah masuk ke bilik dan segera membersihkan diri.

-Waktu makan-

"Bila kamu nak balik Malaysia?" tanya appa

"Hurm.. Entahlah appa. Kena tengok juga keadaan pandemik dekat Malaysia. Takut tak boleh masuk sempadan Malaysia. Kes dekat Korea pon boleh tahan juga. Tapi mungkin sebelum bulan puasa tahun 2021 nanti."

"Haih.. Tak puasa samalah kita tahun depan." kata omma dengan nada sedih.

Sedih pula aku tengok.

"Omma ini.. Nanti kitakan boleh video call.." aku cuba menceriakan suasana.

"Yelah nak. Dah mari makan. Tak elok monyok depan rezeki."

Aku tersenyum.

Ini mengingatkan aku kembali pada waktu pertama kali aku menjejakkan kaki di bumi Korea.

Sebaik sahaja tamat SPM, aku terus menempah tiket ke Korea dengan hasrat untuk menyambung pengajian aku di sini.

Saja nak datang awal supaya aku lebih mudah untuk menyesuaikan diri dengan budaya di sini.

Tempat pertama aku pergi ialah Masjid Seoul.

Dan di situ juga aku menemukan pasangan Korea Muslim yang sudah mencapai umur 40-an.

Aku yang menegur mereka terlebih dahulu.

"Assalamualaikum.. Maaf ganggu. Boleh puan tunjukkan ruang solat untuk wanita. Saya sesat. Tak jumpa-jumpa." kataku sambil tersengih.

"Ouh.. Mari ikut saya. Kebetulan saya pon baru sahaja sampai."

" Okay. Baiklah."

Setelah kami menunaikan solat fardhu Zuhur secara berjemaah, kami bersalaman.

Wanita yang membantu aku tadi menegur aku.

"Anak ini nama apa?"

"Nama saya Mawar Aurora binti Muhammad Firdaus. Saya asal Malaysia."

"Woah.. Dari Malaysia.. Umur berapa? Nampak dari gaya kamu macam masih sekolah tinggi."

"Saya baru sahaja tamatkan pembelajaran sekolah menengah saya dua bulan yang lepas. Jadi saya berniat untuk berhijrah ke Korea untuk menimba ilmu di sini."

Wanita itu mengangguk..

Kami keluar seiringan dan berjalan menuju ke tempat letak kereta.

PROJEK SERAM NCT👻💀(M1&2>2018)(M3>2020) Where stories live. Discover now