New

553 61 23
                                    

*ItalicBold= Bahasa Melayu

Sudah masuk 2 tahun sejak peristiwa tragis NCT di Jeongseon. Hee Min masih dipenjarakan. Waktu ini mereka semua masih tidak tahu siapa penjahat yang sebenar melainkan Jaemin.

Tahun 2020 menjadi tahun yang mencabar dengan pandemik yang melanda seluruh dunia. Namun, itu tidak mematahkan semangat ahli NCT untuk terus berjuang.

Hasilnya mereka berjaya membuat hot comeback dengan single terbaru Resonance. Single terbaru ini terbahagi kepada dua bahagian. Ditambah dengan dua ahli baru, Jung Sungchan dan Osaki Shotaro dan bergabungnya Wayv bersama dengan NCT untuk menyempurnakan single ini.

Jaemin melihat skrin telefon sambil tersenyum.

Chenle dengan senang hati datang mengacau.

"Jaemin hyung chat dengan siapa tu?" agak kuat suaranya.

Hampir terpelanting telefon yang dia pegang akibat terkejut.

Yang lain hanya gelak. Mereka tahu siapa yang Chenle maksudkan itu.

Kecuali Sungchan dan Shotaro.

"Kenapa semua gelak?" tanya Shotaro sambil tersenyum tak faham apa-apa.

"Sebab dia chat dengan 'girlfriend' dia." balas Renjun.

"Yah! Renjun!" jerit Jaemin.

"Hah!! Jaemin hyung ada girlfriend ke? Boleh ke?" tanya Sungchan

"Amboi Sungchan. Gaya macam nak ada girlfriend je. Amboi!" kata Jungwoo sambil memeluk bahu Sungchan.

Muka Jaemin dah merah. Dia bangun dari tempatnya. Nak lari lah tu.

Sebaik sahaja dia melintas depan cermin yang berdekatan dengan speaker, kepala dia terasa sakit.

Terus terduduk dia.

Jaehyun yang melihat keadaan Jaemin itu segera meluru ke arahnya.

"Mata kau merah. Dah lama tak jadi macam ni. Kau okay tak?"

"Sakit!" kata Jaemin sambil memegang kepalanya.

Yang lain sudah mengelilingi mereka.

Jaemin melihat cermin itu.

Terdapat satu bayangan hitam yang sangat menakutkan berada dalam cermin itu.

Renjun yang melihat pantulan mata Jaemin yang merah itu ingin membuka mulut sebelum telefon Jaemin berbunyi.

Jaehyun mengangkat panggilan itu.

"Mawar. Datang tempat biasa."

Jaehyun tutup mata Jaemin dengan tangan dia.

"Aku bawa Jaemin ke klinik. Yang lain sambung lah training."

Manager yang sedia faham keadaan mereka berdua segera memanggil member lain untuk sambung latihan.

Yang lain masih terpinga-pinga.
Jaemin sakit apa??

Jaemin kebawahkan cap yang dia pakai untuk menyembunyikan matanya.

Sementara menunggu kehadiran Mawar di rooftop asrama mereka, Jaemin temenung memikirkan bayangan yang dia nampak.

Bayangan itu serupa dengan seseorang tapi dalam rupa yang menyeramkan.

"Huh! Semput nak oi! Yo! Maaf lambat. Baru habis kelas." mereka terus menoleh ke arah Mawar yang dah macam nyawa-nyawa ikan.

"Annyeonghaseyo.." Mawar menyapa mereka. Mereka balas dengan anggukan.

PROJEK SERAM NCT👻💀(M1&2>2018)(M3>2020) Where stories live. Discover now