Is

397 57 13
                                    

...........
................
.....................

Ada ke patut scammer call dia tengah-tengah sibuk.

Orang itu terkejut juga bila Mawar nak baling telefon dekat dia.

"Ouh.. Ye.. Maaf.. Scammer call. Haih.. Zaman sekarang... Eh kejap?? Bukan orang macam awak ni  pon jenis yang suka scam orang ke? Scam menggunakan media. Memanipulasi fakta tanpa tahu kebenaran. Kan~"

Orang itu jelas terkejut mendengar penyataan Mawar yang lancar berbicara dalam bahasa Korea.

Mawar menyimpan semula black card dia. Tak elok rasuah orang.

" Tolong padam gambar yang awak ambil tadi. "

" Kenapa? Dua orang idol dan seorang pelajar universiti, foreigner lagi. Boleh jadi berita yang sensasi." jujur orang itu takut dengan Mawar. Dia rasa seram sejuk.

Mawar menjeling orang itu. Jelingan yang tajam.

" Well.. Kamera dekat saya. "

Sejak bila dia ambil?

" Saya boleh dakwa awak. Mengambil barang peribadi tanpa kebenaran. "

" Oho! Saya pon boleh dakwa awak atas kesalahan mengambil gambar tanpa kebenaran. Well saya dah tolong padamkan. Terima kasih atas kerjasama anda. "

Mawar memulangkan semula kamera itu.

Sebelum dia pergi, Mawar sempat berpesan,

" Jangan perlakukan idol macam mereka itu patung. Mereka ada perasaan dan maruah. Jangan jadikan mereka mainan media.
Kalau berita pasal perjumpaan saya dengan mereka berdua tersebar, saya tahu mana nak cari dalangnya. Saya pergi dulu."

Mawar menunduk hormat sebelum berlalu pergi.

Kata-kata Mawar sebentar tadi sedikit sebanyak memberi kesan terhadap orang itu.

Dia memeriksa kamera itu. Rupanya Mawar tak hidupkan pon kamera itu.
Dia hanya cakap sekadar untuk ugutan.

Orang itu menghidupkan kamera itu lalu membuang semua gambar yang dia ambil tadi.

Dia pon berlalu pergi dari tempat itu.

Mawar berjalan santai. Dia dalam perjalanan nak balik ke rumahnya. Namun dia tetap rasa ada orang ikut dia.

"Takkan perempuan tadi yang ikut aku." Mawar menoleh ke belakang.

Tak ada siapa pula.

Tiba-tiba, lagu "Go" kedengaran.

Rupanya telefon Mawar yang berbunyi. Nada dering sendiri tak ingat.

"Jaemin?? Nak apa lah dia ini?"

Perbualan antara Jaemin dan Mawar.

Jaemin : Hello, Mawar!
Mawar : Hello!
Jaemin : Jumpa saya dekat Penjara Woljeong.
Mawar: Untuk?
Jaemin : Datang je!
Mawar : Okay.

End Call.

Mawar berlari menuju ke Subway. Dia sedar yang ada bunyi orang berlari di belakangnya. Tapi dia hiraukan.

Di saat mengejar waktu, Mawar terlanggar seseorang.

Terhantuk kepala dia dengan badan orang itu.

"Auch! I'm sorry sir....
Eh! Annyeong Sir Na Jaemin" kata Mawar sambil pegang kepala dia sambil tersengih.

'Keras gila badan dia. Tulang dia besi ke apa?' getus Mawar dalam hati.

"Cik Mawar! Keras macam batu lah kepala awak ini! Sakit belakang saya..." kata Jaemin sedikit kuat. Dia mengosok belakang badannya.

PROJEK SERAM NCT👻💀(M1&2>2018)(M3>2020) Where stories live. Discover now