Actually.............

929 102 21
                                    

Jaehyun tersedar.
"Chagi. Anak kita dah sedar."
Kim Yoon Ah memanggil suaminya di luar.
Jung Daehwan segera memanggil doktor.

"Omma...Hyun dekat mana? "

"Kamu kat hospital sayang."

Ommanya mengusap rambutnya.
Doktor dan nurse tiba untuk memeriksa Jaehyun.
Setelah selesai diperiksa,Jaehyun bertanya
"Mana member yang lain dan mana Hee Min? "

Daehwan dan isterinya berpandangan..

Flashback masa Jaehyun dimasukkan ke dalam wad.

"Asal pembunuh ni ada sekali kat sini? Aku nak dia pindah!"kata Yuta yang sedang terlantar.

Mark dan Dreamies yang lain menjaga hyung mereka.

"Hyung tak baik cakap macam tu. Parents dia ada sekali ni. " pujuk Mark.

"Dia cuba bunuh aku. Bunuh kita semua!"kata Yuta.

Dia terus menarik selimutnya.

"Bawa dia ke bilik VIP lagi satu. Yang kecil sedikit."
Jung Daehwan meminta kepada nurse.
 
Jaehyun yang baru sahaja selesai pembedahan tadi perlu dipindahkan ke wad selepas pembedahan.
Mengikut arahan SM, mereka perlu ditempatkan di satu wad.
Esok baru CEO SM melawat mereka dan juga menyiasat perkara yang dah terjadi.
Jaehyun dipindahkan ke wad bersebelahan.

End Flashback

"Maafkan Hyun appa..Hyun gagal lindungi Hee Min."
Air mata Jaehyun mula bergenang.

"Tak apa sayang.  Kamu dah tunaikan amanat Maharaja Ji. Lagipun itu semua kehendak tuan puteri kan."

"Pa.. Belum lagi.. Hyun belum serahkan tempayan tu.. Esok Hyun nak pergi balik rumah itu."

"Kamu belum sembuh. "

"Omma.. Lagi tiga hari genap 100 hari sebelum hari lahir Hee Min yang ke 18. Kalau tak diserahkan, Hee Min akan mati. "
Cintanya terhadap Hee Min sangat mendalam.
Ditambah dengan amanat dari Maharaja.
Dia sanggup mencederakan rakan-rakannya..
Kini semuanya sudah terjadi
Terlajak perahu boleh diundur
Terlajak perbuatan apakan daya hukuman yang diterima harus diakur.

Omma Jaehyun membuka televisyen..

Berita terkini! Seorang puteri kerabat diraja didakwa dengan cubaan membunuh ahli kumpulan NCT. Kes ini masih disiasat. Kesemua ahli kumpulan berjaya diselamatkan. Empat orang saksi iaitu rakan karib suspek juga telah diambil keterangan sebagai saksi. Namun dikatakan mereka enggan memberitahu apa2.. Kes ini telah difailkan sebagai kes khas.. Beralih ke berita selanjutnya..

PROJEK SERAM NCT👻💀(M1&2>2018)(M3>2020) Where stories live. Discover now