14

1.4K 134 46
                                    

Selepas makan malam.

NCT sedang berehat di ruang tamu.
Semua kekenyangan penangan masakan Hee Min+Taeyong+Haechan+Kun
Calon suami terbaik ni.

Hee Min pula berada di dalam biliknya.

"Wei.. Susah gila nak main gasing ni.. Macam manalah orang Melayu main" rungut Chenle dari tadi asyik main gasing tapi tak berdiri pon dari tadi. Baling-baling tak berpusing pon.

"Meh sini aku ajar." Jisung mengambil gasingnya. Dia lilit talinya dan baling. Dan ia berpusing.

"WAU!!!" Chenle menjerit excited.

"Oi! Diamlah. Nak main gasing pon bising ka.. Orang nak tengok TV pon tak senang" marah Ten.

Yang lain mata masih tertancap kat TV. Layan drama Korea terbaru.
Yuta, Winwin, Jungwoo, Taeyong dan Taeil sibuk baca komik manga.
Chenle dan Jisung tunduk je. Mark dan Jaemin melihat diaorang berdua berasa kasihan.

"Jom.. Kita main kat tempat lain" ajak Jaemin.

"Kalau tak korang kena marah lagi nanti" tambah Mark.

Chenle dan Jisung mengikut Mark dan Jaemin ke ruang dekat ngan kaunter. Luas jugalah tempat tu.

"Dah. Main kat sini."
Jaemin dan Mark meminta mereka mengajar mereka sekali.

Tengah khusyuk main mereka terdengar bunyi ketawa perempuan.Ramai.. Mereka memandang ke pintu lutsinar tu..
Mereka memerhatikan je..
Semakin lama semakin dekat lembaga-lembaga itu..
Lembaga-lembaga itu membuka pintu itu dan...

"AAAARRGGHHH!! HANTU!!!"

Mereka berempat menjerit melihat lembaga-lembaga itu..

Hee Min yang mendengar jeritan itu terus keluar dari bilik dengan niat nak marah tapi...
"Kan saya dah cakap jangan menje...... Korang! Sejak bila sampai!?"
Hee Min terus memeluk lembaga-lembaga itu.

Mereka berempat dah pandang pelik. Jeritan tadi telah mengundang yang lain.
Dan.

"Wei.  Hee Min peluk hantu!" Kata Taeil takut.

Serentak lembaga-lembaga itu memandang mereka dan terkejut
"NCT???!!!"

"Aku explain nanti. Jom masuk bilik aku."

Hee Min mengheret lembaga-lembaga itu ke bilik dan pintu pon tertutup.

"Tu bukan ke hantu yg kita nampak pagi tadi??" kata Jaehyun.

"Yelah.. Muka sama. " kata Lucas.

Di bilik Hee Min

"Kata balik esok?"

"Saja balik awal. Kejap. Macam mana NCT boleh ada kat tempat ni?"

Rupa-rupanya lembaga-lembaga itu ialah kawan-kawan Hee Min yang sebenarnya.
Oh Yena
Choi Eun Hwa
Im Hyomi
Min Seul Na

Yg bertanya tadi adalah Yena.
"Diorang tempah rumah kita untuk seminggu."

"Kau tak risau ke diaorang datang sini. Mesti dia tu adakan?" tanya Eun.

"Tipulah tak risau.. Aku masih tak jumpa benda tu. Malah surat tu pon tak jumpa."

"Kitaorang tak patut tinggalkan kau sendirian. Mesti permaisuri murka kalau dia tahu" kata Hyomi dengan muka sedih.

"Hyomi.Bonda aku dah lama tak ada. Malah aku bersyukur korang masih sudi bersama aku."

"Dah tugas kitaorang sebagai dayang kau." tambah Min

"Sshh. Korang bukan dayang aku. Korang adalah kawan aku. Sebab tu aku bagi korang bercuti lagipun aku nak bersendirian masa hari peringatan kemangkatan bonda dan ayahanda. "

PROJEK SERAM NCT👻💀(M1&2>2018)(M3>2020) जहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें