10

3.8K 217 68
                                    

"Okay... Latihan hari ni dah habis.. Dan selepas ni kamu semua kena tunggu sebentar. CEO nak jumpa.. " kata Hyuk.
Hyuk merupakan salah satu trainer di SM..

Kesemua ahli NCT duduk keletihan. Latihan Black on Black agak memenatkan.
Yelah.
Nak seragamkan lapan belas ketul manusia dalam satu dance..
Mereka berlatih kembali sebab ada konsert kat Busan minggu depan..

"Jisung.. Teman aku gi tandas." ajak Haechan.

"Eh.. Hyung ni.Pergi tandas pon nak ajak orang.Macam perempuan."

"Banyak songehlah kau ni..
Teman jelah.. Lagipun dah maghrib ni.Setan banyak.Takut aku."

"Biarlah aku teman.Hantu pon takut. Mana ada hantu." Jaemin menawarkan dirinya untuk meneman Haechan.

Jisung be like 'sayang Jaemin hyung'.

Sewaktu ke tandas.

Haechan teragak-agak untuk masuk ke tandas..

"Kau dah kenapa ni Haechan? Sejak bila jadi penakut ni?"

"Bukannlah...Aku dengar ada orang bercakap kat tandas."
Jaemin mendekatkan telinganya di pintu tandas.

"Haahlah. Ada ke member kita yang ke tandas sebelum kita?"

"Aku rasa takde.. Kita je yang bangun tadi."

Tiba-tiba pintu tandas itu terbuka..

"AAAHHH!"

Terjerit budak dua orang tu..

"Kus semangat! Kau orang berdua buat apa kat sini?"

"Lah.. Jaehyun hyung ke. Ingatkan siapalah tadi."

"Yelah.Nak siapa lagi.."

"Tadi kita orang dengar ada orang bercakap kat dalam tandas ni.Ada orang lain juga ke?"

Muka Jaehyun berkerut.

"Taklah.Hyung call orang tadi. Ada-ada aje kau orang ni. Dahlah.. Hyung pergi dulu.Jangan lambat pula. Tak pasal-pasal CEO marah pulak."

"Nae!"

Sebaik sahaja Jaehyun pergi.

"Jaemin!!Aku dah tak tahan ni!"

"Cepatlah masuk! Basah seluar kau aku balik terus."

"Jangan tinggalkan aku!"
Jerit Haechan dari dalam tandas..
Jaemin di luar hanya mengeluh..
'Ada-ada sahaja si Haechan ni'

Di practice room

Jaemin dan Haechan telah kembali dari tandas.
Pintu practice room terbuka.
Taeyong as the leader bangun dan diikuti oleh member yg lain
Mereka semua tunduk hormat.

CEO yang masuk hanyalah mengangguk.

"Saya datang ni ada benda nak beritahu. Tahun ini kamu semua telah buat yang terbaik.Banyak menang award. Tahniah semua!"

Mereka semua menepuk tangan, lantai, loker semua diorang tepuk.

"Jadi, bulan depan kami akan kosongkan jadual kamu selama seminggu dan pergilah bercuti! Yeah!"
Mereka semua terngangga.
Serius ah..
SM bagi kita bercuti..

"Kamu semua akan bercuti di Jeongseon. Tak akan ada manager yg ikut,kameraman ke staff takde.. Hanya kamu berlapan belas je yg pergi ke sana. Duit untuk keperluan ke sana telah dimasukkan ke dalam akaun kamu.Jadi kamu kenalah pandai guna duit tu kat sana nanti. Pakai duit tu untuk sewa homestay ke,hotel ke, beli baju nak beli cenderahati.Sukahatilah.
Tapi.
Kamu semua kena balik ke sini dengan keadaan yang cukup sifat. Tak ada yang tercedera.
Faham!"

PROJEK SERAM NCT👻💀(M1&2>2018)(M3>2020) Where stories live. Discover now