right

747 95 19
                                    

"Jaemin.. Saya boleh kesan aura awak kuat sebab saya istimewa. Kita berdua ada kelebihan tersendiri."

"Saya tak faham. "

"Macam inilah. Saya boleh kesan seseorang itu bukan manusia sejati ataupun bukan.Yes.I have 7th sense."

"7th sense??Adakah maksudnya awak sama macam saya? "

"Eh..Tak.. Saya manusia sejati tapi cuma dikurniakan keistimewaan oleh Tuhan saya. Saya dapat ini masa arwah ibu ayah saya meninggal masa saya umur 10 tahun."

"Awak dah tak ada  mak ayah ke? "
"Haah.. Dah ajal mereka tiba dulu. Saya reda.Tadi awak kata nak minta tolong..Tolong apa?"

"Malam tadi saya bergaduh dengan parents saya."

"Bergaduh? Sebab apa? "
Jaemin pon menceritakan segalanya.
Tatkala menceritakan part appa dia menghalangnya dari berjumpa mereka.
Jaemin menangis.
Dia menangis depan seorang perempuan yang baru sahaja dia kenal.

"Saya tak tahu nak buat apa. Dalam masa yang sama saya seolah susah nak lepaskan diri daripada balutan dendam tu. Setiap kali saya fikir pasal itu, dia makin buat saya betul-betul nak bunuh si Hee Min itu. "

Mawar menarik nafasnya..
Lelaki di depannya sedang bergelut dengan dirinya sendiri.

"Macam inilah Jaemin. Sebenarnya saya pon pernah berhadapan situasi macam awak. Saya terlalu takut dengan anugerah yang Tuhan berikan kepada saya. Bahkan saya hampir bunuh diri tapi waktu tu jugalah Tuhan bukakan hati dan minda saya supaya berfikir secara waras. Ingat jasa orang sekeliling saya. Atuk nenek saya yg bela saya sejak kecil. Mereka lah kekuatan saya. Memanglah parents awak marah awak sebab awak berkelakuan teruk tapi cuba awak fikir. Kalau appa awak tak marah awak. Mesti awak dah bunuh si Hee Min tu kan. Awak dah bunuh satu nyawa yang tak bersalah semata-mata nak jadi kuat. Berkuasa."

"Tapi.."

"Kalau atuk awak, ayah awak boleh halang jiwa syaitan itu dari membaluti diri awak mesti awak boleh. "

"Macam mana? "

"Cuba awak tengok bunga mawar ni"

Mawar menunjukkan bunga mawar merah itu di hadapan muka Jaemin.
"Nama bunga ni mawar ke? "

"Haah. Dalam bahasa Melayu namanya mawar. Okay. Balik kepada topik asal. Awak tengok mawar ni. Cantikkan."
Jaemin mengangguk.
"Mawar adalah bunga yang sangat camtik tapi bahaya. Tengok tangkainya. Ada duri. Duri itu membuatkan dia nampak bahaya. Macam tulah ibaratnya kita. Kecantikan bunga ini ibarat awak yang mempunyai jiwa syaitan tapi pada masa yang awak berbahaya. Tetapi kalau awak boleh kawalnya pasti ramai yang akan sayang awak. Macam bunga ini. Walaupun durinya boleh mencederakan sesiapa yang sentuhnya tapi dengan menggunakan beberapa teknik kita boleh memegang bunga mawar ni tanpa tercedera. Faham."

"Sikit."

Mawar menepuk dahinya.
Penat dia susun ayat
"Maksudnya, dengan teknik yang betul awak mesti boleh kawal jiwa awak tu dari menguasai diri awak."

"Apa tekniknya?Tak payahlah nak berkias.Saya bukannya orang Melayu yang faham bahasa kiasan."

"Yelah. Tenang boleh. Cuba awak ingat orang sekeliling awak. Member awak. Ibu bapa awak. Bahkan fans yang berjuta dekat seluruh dunia ni. Semua sayangkan awak. Okaylah. Awak penjam mata . Bayangkan satu persatu wajah orang yang ada sekeliling awak. "
Jaemin membuat seperti yg disuruh..
Bermulakan wajah omma dan appanya.
Member NCT.
Kawan-kawan masa sekolah.
Fans dia.

Tiba-tiba dalam bayangannya menjadi gelap.
Muncullah wajah atuk saudaranya
"Na Jaemin.. Abaikan perempuan tu. Ingat! Kamu adalah pewaris keturunan ini. Dendam harus di balas. "

PROJEK SERAM NCT👻💀(M1&2>2018)(M3>2020) Where stories live. Discover now