way

865 100 72
                                    

Esok pagi.

Jaemin lah orang yang paling awal bangun.
Dia masakkan sarapan kejutkan semua member Dream.
And of course semua pelik.
Dahlah semalam petang balik bawa bunga ros..
Pastu tersenyum seorang-seorang.

Semua dah siap mandi dan pergi ke meja makan.
Renjun terus ke arah Jaemin lepas itu dia rasa dahi Jaemin.

"Tak panas. "

Jaemin menepis tangan Renjun.

"Dah kenapa?? Aku dah sihatlah"

"Cepatnya."kata Renjun.

"Dah. Makan. Aku masak special hari ni.. "

"Kau ni dah kenapa bahagia semacam. Ada apa-apa ke? " tanya Haechan. Semua memandang Jaemin.

"Takde apa-apalah. I'm okay."

"Yelah tu.. Dahlah semalam balik bawa bunga ros lepas tu tersenyum seorang-seorang. Tak ke pelik tu?" kata Jeno.
(+Jealous ke bang?? 😏)

"Setahu hyunglah. Kalau orang yang tersenyum seorang-seorang ini kan mesti dia teringat dekat seseorang. Adakah..... "

"PEREMPUAN! "

Tersembur keluar makanan yang Jaemin makan.

"Hoy! Jangan nak mengarut boleh. Mana ada?! "

Jaemin tersenyum malu.

"Eeeiiii!!! Yang kau senyum apahal. Betul eh!"

"Sukahati aku lah. Dah. Jisung basuh pinggan. Kau jangan nak mengada masuk tandas. Aku dah kunci pintu. Bye."

Jaemin yang dah siap makan terus meletakkan pinggannya di sinki dan berlalu ke biliknya. Dikunci.

"Apakah?"
Jisung mula bangun malangnya ditahan oleh Haechan.

"Kau nak kemana?Jaemin dah suruh tu. Baik kau buat. Dah tak ada orang nak back up kau hari ni Jisung."
Yang lain gelak.
Hari yang malang bagi Park Jisung.

"Jeno-ah. Kita kena siasat Jaemin itu. "

"Betul tu. Ianya sangatlah misteri."
Renjun dan Jeno ingin menyiasat Jaemin.
Habislah Jaemin.

Di bilik Jaemin,
"Okay.. Semalam dah berbaik dengan Jaehyun hyung..So next plan, kena tanya Mawar ini."

Jaemin mencapai fon lalu mendail nombor Mawar yang baru sahaja dia dapat semalam.

"Hello, Mawar!"

"Ye.. Hello.. Nak apa?"

Jaemin pelik
'Terus tanya nak apa?'

"Hello, Jaemin! Awak nak apa? Saya tengah rushing ni. Cepatlah cakap."

"Pasal hal semalam saya dah... "

"Nanti saya call awak balik. Bye! "
Panggilannya dimatikan begitu sahaja. 

"Aik.. Dia matikan macam tu je. Apa yang rushing sangat budak tu? "

Rupa-rupanya Mawar sedang rushing nak prepare slide untuk presentation dia hari ini.
Tu yang busy semacam.
Well budak U memang busy.

Petangnya.

Tengah relaks tengok TV.
Telefon Jaemin berbunyi.
Dia ambil fon dia terus masuk bilik kunci pintu.
Ini semua menimbulkan keraguan.
Jeno dan Renjun cuba curi-curi dengar dekat pintu tu.

"Hello, Mawar."

"Hello, Jaemin. Maaflah pasal pagi tadi.Saya ada presentation tadi."

"Its okay. Saya nak cakap yang saya dah berbaik dengan Jaehyun hyung dan dia sudi tolong saya."

PROJEK SERAM NCT👻💀(M1&2>2018)(M3>2020) Donde viven las historias. Descúbrelo ahora