18

1K 153 90
                                    

✩。:*•.─────  ❁ ❁  ─────.•*:。✩

" HOI! "

mereka berlima termasuk jeno menoleh ke arah suara yang memanggil mereka. kelihatan ten dan yuta mendekati mereka dengan wajah yang tidak dapat ditafsir.

" apa yang korang buat kat sini? " soal ten sambil memandang ke arah mereka satu per satu. renjun berpandangan dengan yangyang dan jaemin manakala haechan masih menundukkan wajahnya memandang ke rumput nan hijau.

wajah masing-masing kelihatan pucat sekali. mereka masih trauma dengan apa yang dilihati oleh mereka tadi. makhluk aneh yang sama macam ciri-ciri pembawa wabak yang didengari di radio tempoh hari.

" taufiq panggil berkumpul. dah dekat nak maghrib ni— "

buk!

tiba-tiba tubuh haechan tersungkur ke atas padang tanpa sedar.

" HAECHAN! "

-

" kitaorang tak tau apa benda tu. tapi ciri-ciri dorang— "

" sama macam yang dalam radio? " taufiq meneka.

renjun mengangguk lemah. kini mereka 23 orang sedang berada di dorm 127 di sebelah katil yang menempatkan sekujur tubuh haechan yang masih tidak sedar dari pengsannya pagi tadi.

mark di sebelah kelihatan risau sekali. tuala yang diletakkan di dahi haechan sesekali diperbetulkan sambil merenung sedih ke arah rakannya sejak kecil itu.

taeil istighfar. " aku tak sangka dorang dah sampai ke sini. walhal baru 3 hari. " kun yang berdiri sambil memeluk tubuh mengangguk setuju.

shotaro memandang sedih ke arah haechan. mesti dia trauma bila nampak minah dibaham di depan mata. sungchan pun hanya terdiam namun bersyukur dalam hati apabila shotaro tadi tak mengikut mereka sama kerana bermain dengannya.

dia tak dapat membayangkan apa yang akan terjadi kalau shotaro pun menyaksikan makhluk tersebut.

" itu la korang. kerajaan dah umum yang kita tak boleh keluar dari tempat tinggal kita. korang degil jugak nak keluar. " leter ten dan cuba disabarkan johnny. dia bukan apa,dia risau kalau budak-budak tu pula yang dibaham makhluk tu.

" sabar la ten. benda dah jadi dah pun. "

lucas yang sejak tadi berdiam diri bersuara. " benda tu...nampak korang tak? " soalnya berwajah serius. yangyang menggeleng laju.

" tak! aku komfem dia tak perasan kitaorang. dia busy sangat makan minah—"

" weh korang! "

jaehyun dan jungwoo menerpa ke arah pintu dorm 127. mereka semua mengalihkan kepala ke arah dua orang yang berwajah pucat.

jaehyun yang mencari nafas menundingkan jari ke hujung koridor yang berdepan dengan padang sekolah. jungwoo pula mengigil ketakutan.

mereka semua bangun serentak namun dihalang oleh yuta. " korang tunggu sini. biar aku,bang taeil,taeyong,johnny dan kun yang tengok. aku taknak kecoh kecoh faham? "

yang lain mengangguk perlahan.

mereka berlima keluar dan menyarungkan selipar sebelum berjalan perlahan ke arah koridor tersebut. mereka membuntangkan mata lalu menunduk sehingga badan mereka sahaja yang kelihatan di koridor.

" m-makhluk tu— "






" zombie tu dah masuk dalam kawasan sekolah! " ujar jaehyun sambil menenangkan jungwoo. jungwoo seorang yang lemah semangat jadi apabila dia nampak zombie tu melompat tinggi di tembok padang,dia hampir-hampir pitam.

mereka yang lain membulatkan mata dan mula wujudnya rasa takut dalam diri masing-masing.

" APA KITA NAK BUAT NI? "

" M-MACAM MANA KITA NAK SURVIVE? "

" h-habislah dia datang nak makan aku! "

" jangan-jangan dia ternampak korang berempat. "

" a-aku pasti makhluk tu tak perasan kami. kami turun cepat-cepat tapi mungkin dia perasan haechan.. "

" ya! haechan terpegun atas tu lama sampai la yangyang tarik kaki dia turun. "

" mak..mak. "

mereka kembali senyap dan memberikan perhatian ke arah haechan yang mengigau. kelihatan air matanya menitis di hujung mata.

" mak..naufal takut. mana mak.. " tangannya tergapai-gapai seperti mencari tangan tua yang selalu menggengam erat tangannya ketika kecil dulu.

mark cepat-cepat menggengam tangan haechan dan berbisik kepadanya. " shh mak ada sini naufal. jangan takut mak ada. " haechan membawa tangan mark ke pipinya.

tak lama selepas itu terdengar tangisannya. " naufal rindu mak.. mak balik la.  "

kisah sedih haechan yang pernah diceritakannya kepada squad 23 tiga tahun lalu terngiang-ngiang. doyoung merenung ke arah mark yang masih cuba memujuk haechan yang mengigau.

" kesian haechan. walaupun dia cakap dia dah lupakan hal tu,dia masih lagi tak boleh lupakan. "

tumpuan mereka kembali beralih apabila terdengar derapan kaki abang berlima yang keluar meninjau zombie di padang itu.

johnny masuk dan duduk di birai katilnya dengan wajah yang menunduk. taeil pula hanya mengeluh lemah.

" macam mana bang? "

" makhluk tu.. "








" dah mati. "

" haaa??? "

✩。:*•.─────  ❁ ❁  ─────.•*:。✩

𝐒𝐐𝐔𝐀𝐃 𝟐𝟑 ✔ + 𝐓𝐇𝐄 𝐒𝐔𝐑𝐕𝐈𝐕𝐎𝐑𝐒 | 𝐍𝐂𝐓𝟐𝟎𝟐𝟎 Where stories live. Discover now