003

846 99 52
                                    

kini 23 orang lelaki kachaks itu sedang berpusu-pusu masuk ke sebuah bilik yang dinamakan meeting room.

lima orang alumni squad 23 yang sudah berada di dalam bilik tersebut berwajah agak serius menandakan sesuatu yang buruk telah berlaku.

mereka mengambil tempat duduk menghadap sebuah skrin besar.

sebaik sahaja mereka semua hadir di dalam bilik tersebut, papa taeyong bersuara dengan wajah yang serius

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

sebaik sahaja mereka semua hadir di dalam bilik tersebut, papa taeyong bersuara dengan wajah yang serius.

" kita baru dapat berita kecemasan tentang— "

" ALERT! ALERT! sebuah lagi tempat perlindungan diserang zombie di kawasan selatan kangar! " kata-kata papa taeyong dipintas mummy yangyang yang tangkas menekan keyboard bersama mama ten yang baru nak minum kopi tapi tersedak akibat berita terbaru itu.

lepas satu, satu lagi tempat perlindungan diserang makhluk durjana itu dalam masa sejam.

wah, memang aktif group pimpinan juon tu buat kerja.

" zakiah, umairah, hantar kedua-dua location ke dalam gps kenderaan kita. " sebut bapak jeno.

kedua-dua wanita itu mengangguk serentak, mematuhi arahan si bekas jeneral tudm. ayah sungchan,jisung dan doyoung turut memerhati keadaan tempat perlindungan yang diserang. kelihatan beberapa orang berlarian dan dikejar zombie melalui cctv yang dipasang.

" makhluk tu dah semakin melampau. kita kena ambil tindakan. " tambah abah xiaojun penuh dramatik, sebijik macam anak dia.

" squad 23. fokus ke sini. " kata-kata yang tegas daripada mami lucas itu membuatkan perhatian mereka terarah kembali ke skrin yang kini memaparkan tempat perlindungan dan location tempat tersebut.

" kami dapati beberapa makhluk tu semakin mengganas di sekitar kangar. lebih 13% penghuni tempat perlindungan dah menjadi mangsa makhluk makhluk tu. manakala 87% yang lain masih bersembunyi. jadi, " mami lucas melirikkan mata ke arah papa taeyong menyuruh si lelaki merangkap perisik negara itu menyambung percakapannya.

" jadi, ada misi untuk kamu semua. " kata papa taeyong bernada serius.

squad 23 membulatkan mata. beberapa orang menyambut misi pertama mereka itu dengan gembira, ada juga yang kelihatan yakin dan sedia untuk bertindak dan ada yang masih tak mempercayai diri dan berat untuk meninggalkan tempat tinggal mereka selama sebulan itu dan orang tersebut ialah

jaemin.

jaemin terlihat muram sekali. dia mengerling ke arah ibunya yang sedang duduk di dalam bilik kuarantin di sebelah tempat mereka sedang bermesyuarat itu. wajah ibunya pucat namun senyuman manis bak jaemin tetap tersemat di bibirnya.

bilik kuarantin tersebut ialah bilik khas untuk mengasingkan orang yang dijangkiti virus zombie dari terus merebak ke orang lain.

ya, anda semua tak salah dengar. ibu jaemin dan terjangkit dengan virus tersebut. pada mulanya, ibunya hanya terlihat biasa tetapi setelah beberapa hari, kulitnya mula ditumbuhi tompok tompok yang seperti cacar air.

nasib lah beberapa doktor seperti ibu taeil, mama chenle dan mak hendery mampu merawat ibu najmi bernama khadijah itu.

mereka mendapat tahu yang puan khadijah dijangkiti virus tersebut ketika menjalankan tugasnya sebagai pegawai kastam di sempadan thailand-malaysia. tapi, jangan risau. ibu si najmi sedang dalam proses sembuh dari virus tersebut.

" baik, ada apa-apa soalan? " selesai penerangan dari papa chenle, lelaki yang selesa digelar walid nakamoto menyoal kepada para squad 23.

mereka menggeleng kecuali najmi. jaemin mengangkat tangan.

" boleh tak kalau nana tak ikut serta dalam misi ni? " soalnya membuat semua mata memberikan perhatian kepadanya.

walid yuta itu mengangkat kening. " boleh walid tahu kenapa? " soalnya lagi sambil mengusap janggutnya yang panjang.

" ibu nana sakit, nana nak jaga ibu. " kata jaemin perlahan. jeno di sebelahnya menepuk bahunya perlahan. mereka yang lain terdiam kerana memahami sikap jaemin yang prihatin terhadap ibunya itu.

" najmi. saya faham kamu keberatan untuk tinggalkan ibu kamu di sini. tapi itu bukan alasan untuk tinggalkan misi menyelamatkan negara. "

" tapi— "

" dan saya pasti, ibu kamu akan lebih gembira kalau kamu ikut serta dalam misi ni. "

" lagipun kita ada certified doctors yang merawat ibu kamu. "

jaemin menghela nafas. tiba-tiba suara ibunya kedengaran dan menarik perhatian mereka semua kepada wanita yang tak lekang dengan senyuman manisnya.

" nana, ibu akan okay di sini. nana pergilah. berjuang untuk negara dan juga untuk ibu. " kata ibu jaemin yang sedikit sebanyak membuahkan semangat yang baru untuk jaemin.

si najmi terdiam sebelum mengangkat kepala dan mengangguk dengan semangat. " nana ikut! "

" YEAYY! " mereka bersorak dengan keputusan si lelaki tampan serupa arnab itu. para alumni squad 23 pun tersenyum bangga dengan pilihannya yang tidak mengalah sebelum bertindak.

" bagus, ini lah semangat yang kita nak ! jadi, ini plan misi kita kali ini. "

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 11, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

𝐒𝐐𝐔𝐀𝐃 𝟐𝟑 ✔ + 𝐓𝐇𝐄 𝐒𝐔𝐑𝐕𝐈𝐕𝐎𝐑𝐒 | 𝐍𝐂𝐓𝟐𝟎𝟐𝟎 Where stories live. Discover now