31

664 128 21
                                    

group warga emas tadi sampai ke bangunan sekolah yang mengumpulkan kelas-kelas upper form. sebaik sahaja mereka menaiki tangga ke tingkat satu, kelihatan group 00600, 99z serta 97 liners sedang menunggu mereka di situ.

" korang okay kan? " soal taeyong.

semua mengangguk. taeyong mula mengira ahli squadnya dan mereka bernasib baik apabila semuanya ada di situ.

tanpa berlengah, taeyong mula menyuruh mereka membentuk bulatan berkumpul di sekelilingnya. sehelai kertas yang terenyuk (?) dikeluarkan dari poket seluarnya.

" kita stick dengan plan C yang kita buat last minute tadi. "

tadi, ketika mereka sedang busy menghias diri untuk menyamar menjadi zombie, taeyong sedang runsing untuk melarikan diri ke mana. dia pun meminta pendapat ahli-ahli squadnya.

" kita berkumpul kat blok senior, macam mana? "

" lepastu kita nak ke mana? "

tiba-tiba sungchan memberikan idea.

" apa kata kita menyorok dalam bilik squad 23. bilik kelab kita kan yang paling atas. mesti zombie-zombie tu tak reti naik tangga. " katanya penuh yakin.

" kalau dorang reti pun mesti dorang semput punya. " setuju hendery.

shotaro juga mengangguk setuju dan diikuti mereka yang lain. taeyong pun tersenyum dengan idea sungchan.

tiba-tiba kedengaran sseukka sseukka bergumandang. mereka memerhatikan dari atas. terlihat segerombolan zombie sedang berlarian di bawah seperti mencari mereka.

" HAHAHA tak jumpa kita la tu! " ketawa haechan, mengejek kejahilan para zombie.

malangnya, kata-kata haechan itu didengari si juon yang berdiri betul-betul di bawah mereka. juon kemudian mendongak lalu menyeringai.

haechan terperanjat lalu memeluk bang markeu nya. " a-aku ingat dia tak dengar! " katanya sambil menelan air liur. mark juga membulatkan mata melihat wajah juon yang creepy.

juon kemudian menjerit sseukka kuat lalu mereka lekas berlari ke arah tangga.

sekali lagi nasib squad 23 kurang baik.

" ZOMBIE BOLEH NAIK TANGGA RUPANYA! " tergamam lucas apabila kelihatan para zombie sedang mendaki tangga dengan merangkak. dia yang tadi bersandar di tepi pagar tangga lantas berusaha menutup pagar tersebut.

mujurlah setiap tingkat, ada pagar tangga dan mereka sekarang di tingkat kedua.

zombie tersebut terus merangkak sehingga betul-betul di hadapan mereka. mereka berbunyi nyaring membuatkan anak-anak sekolah menengah lelaki arau itu bertambah gelisah.

seramnya apabila ditambah lagi dengan cuaca yang tiba-tiba gelap dan guruh berdentum menandakan hari akan ribut. zombie-zombie tersebut bertindih-tindih antara satu sama lain sambil cuba meruntuhkan pagar lama itu.

tanpa membuang masa, taeyong menyuruh mereka berpecah macam tadi dan menaiki tangga yang berlainan. satu kumpulan ke kanan dan satu kumpulan ke kiri.

mereka mengangguk setuju dan terus bergerak pantas mengikut group masing-masing ke tingkat paling atas iaitu tingkat lima.

setiap tingkat group warga emas bersama 97 liners dan uwu menutup pagar yang ada agar dapat memperlahankan pergerakan zombie.

sehinggalah mereka tiba di tingkat atas.

" WEH APASAL AKU RASA ZOMBIE TU DAH DEKAT! " jerit doyoung yang sejak tadi selalu ketinggalan di belakang. dia merasakan ada derapan kaki beramai-ramai di belakangnya.

ahli groupnya yang lain tidak mendengar rintihannya malah memaksa doyoung iman itu untuk berlari dengan lebih cepat.

" YA ALLAH BETUL BETUL BELAKANG AKU! " teriaknya lagi dengan wajah yang menggelabah. kakinya terasa lembik dan tak berdaya lagi untuk berlari apabila derapan kaki itu semakin mendekatinya yang ketinggalan jauh.

bahu doyoung direntap kuat.

" MAKKKK! "

" MAKKKK! "

Hoppla! Dieses Bild entspricht nicht unseren inhaltlichen Richtlinien. Um mit dem Veröffentlichen fortfahren zu können, entferne es bitte oder lade ein anderes Bild hoch.
𝐒𝐐𝐔𝐀𝐃 𝟐𝟑 ✔ + 𝐓𝐇𝐄 𝐒𝐔𝐑𝐕𝐈𝐕𝐎𝐑𝐒 | 𝐍𝐂𝐓𝟐𝟎𝟐𝟎 Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt