05

1.4K 200 114
                                    

▼△▼△▼△▼△▼△▼△▼

kringggg!

loceng yang ditunggu-tunggu oleh semua warga sekolah menengah lelaki arau berbunyi menandakan persekolahan hari jumaat telah berakhir.

semua mengukir senyuman lebar mengingatkan cuti panjang dan ibu bapa yang menanti di rumah. oh rumah ku syurga ku. i'm coming home !

" baik,sampai sini sahaja kelas kita. ada apa-apa soalan? " soal cikgu habibah sambil memandang ke segenap pelajar-pelajar lelaki di kelasnya.

sungchan mengangkat tangan.

pelajar-pelajar kelas 4 akaun mengeluh panjang sebelum memberikan death glare kepada sungchan. tak terkecuali chenle yang dah siap-siap kemas barang.

dia whine di sebelah jisung.

" ya,farhan? "

muhammad farhan syafawi nama diberi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

muhammad farhan syafawi nama diberi. seorang pelajar yang periang dan suka jalan sambil lompat-lompat tak kira di mana dia berada. sungchan merupakan seorang yang ada positive vibe dan happy virus gitu. tak pernah lagi la orang nampak si sungchan ni depress or nangis tekup muka kat bantal.

namun ada kalanya dia serius sangat. dia punya serius tu sampai orang sesado jeno pun mengigil ketakutan.

ya,ketika mana dia bermain bola sepak. selain menjadi salah seorang pelajar newbie squad 23,sungchan juga tak terkecuali untuk serta aktif dalam kelab dan persatuan.

sungchan merupakan pemain bola sepak yang pernah menjadi salah seorang pemain bola sepak kanak-kanak yang fly ke manchester united pada tahun 2010.

selain itu,dia juga menyandang jawatan pengawas pusat sumber dan ketua kelab pencinta alam sekitar di sekolah menengah lelaki arau. tak lupa juga,dia merupakan naib pengerusi kelab bola sepak dan futsal.

" cikgu cikgu. saya nak tanya kenapa cikgu cantik sangat hari ni? " soal sungchan dengan mata yang berkelip-kelip.

riak wajah cikgu habibah masih sama. namun wajahnya yang serius tatkala mengajar tadi dah kurang tegangnya.

" bukan cikgu cantik hari-hari ke? " soalnya pula membalas bodekkan sungchan.

sungchan menggelabah. alamak dia tak expected pulak cikgu nak tanya balik kat dia dengan muka serius macam tu. kalau dia salah cakap ni mesti dorang mengalami nasib malang berterusan iaitu homework. otak sungchan pantas bekerja mencari jawapan kepada soalan itu.

pak! dia mendapat idea.

sungchan ketawa kecil. " hahahaha. bukan macam tu cikgu. err cikgu hari-hari cantik tapi harini cantik cikgu lebih sikit dari biasa. cun melecun ! " bodeknya bertambah. dia mengangkat ibu jari kedua-dua tangannya dengan muka meyakinkan habis.

cikgu habibah tersenyum dan menggeleng. " ada-ada je awak ni,farhan. okay semua boleh bersurai. " sungchan menarik nafas lega. fuh nasib baik otak dia ni genius jugak. dalam diam-diam dia memuji diri sendiri.

sebaik sahaja salam diberi cikgu habibah keluar disertai oleh classmates yang tak sabar nak balik rumah selepas 2 bulan takde outing.

" sungchan! aku ngan jisung balik dorm dulu! " kata chenle yang tak terkecuali happynya.

sungchan mengangguk. " okay! " balasnya pendek dan membalas lambaian rakannya itu. chenle dan jisung lalu berjalan keluar ikut pintu belakang sebab pintu belakang lagi dekat dengan tangga kata jisung.

kini,hanya tinggal dia seorang di dalam kelas. selepas selesai mengemas barang dan buku-buku,dia bangun lalu berjalan ke hadapan kelas.

pemadam whiteboard diambil lalu whiteboard yang dipenuhi contengan prinsip perakaunan dipadam sehingga bersih. dah jadi kebiasaan sungchan memadam papan putih disebabkan dia selalu menunggu seseorang dan juga gifted mempunyai ketinggian macam tiang elektrik.

sedang asyik memadam whiteboard, tiba-tiba pinggangnya dicuit. terkejut sungchan dibuatnya. lalu dia melompat mengalihkan badan ke belakang dan menyandarkan diri di papan putih.

pemadam diletakkan di dada tanda pelindungan diri walaupun pemadam tu tak sebesar mana.

lelaki di hadapannya tersengih comel.

" shotaro! engko ni kan. nasib aku tak keluarkan jutsu naruto shippuden aku ! " marahnya geram dan tangan diangkat acah nak menampar shotaro. tapi no no. sungchan tak mampu menampar si creature comel namati ni.

" hehe sorry sorry. "

shotaro atau nama sebenarnya muhammad syafiq osaki merupakan rakan sehidup semati sungchan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

shotaro atau nama sebenarnya muhammad syafiq osaki merupakan rakan sehidup semati sungchan. eh tak tak. shotaro yang bermaustatin di jepun selama yang dia hidup telah berpindah ke malaysia pada umur 15 tahun iaitu tahun lepas.

disebabkan shotaro 15 tahun tinggal di jepun,dia lansung tak pandai cakap melayu. ingat lagi di mana okasannya meninggalkan shotaro di pondok guard sekolah bersama beg dan luggage.

shotaro hampir-hampir sahaja menangis namun nasib baik la datangnya sungchan yang ketika itu basah lencun dan bau macem peluh datang ke guard nak ambil bola yang dia sepak dari padang.

punya la jauh bola dia buat homerun.

sungchan sebagai social butterfly menyapa shotaro dan ketika itu lah detik permulaan persahabatan mereka terjalin.

walaupun shotaro masih junior dan belum fasih bahasa melayu sepenuhnya dia merupakan naib pengerusi kelab bahasa inggeris dan ajk tingkatan 4 squad 23.

" dah siap ! lezzgoo ! " kata sungchan riang lalu menarik tangan shotaro sekaligus beg di atas mejanya. dia berlari keluar dari kelas sambil mengheret shotaro yang terkekeh-kekeh ketawa di belakangnya.

▼△▼△▼△▼△▼△▼△▼

𝐒𝐐𝐔𝐀𝐃 𝟐𝟑 ✔ + 𝐓𝐇𝐄 𝐒𝐔𝐑𝐕𝐈𝐕𝐎𝐑𝐒 | 𝐍𝐂𝐓𝟐𝟎𝟐𝟎 Where stories live. Discover now