Cinderella versi.. (GlaGem)

742 75 37
                                    

Req from Cibunga888.

Enjoy your read! 💕
****

"Mommy, dengar kata raja nak buat majlis kat istana. Mommy nak pergi ke?"

Gempa yang sedang membasuh pinggan kotor di sinki, mengerling kedua abang kembar tirinya bersama mak tirinya.

Abang kembarnya, ialah Blaze dan Ice manakala mak tirinya adalah Sya.

Gempa selalu didera oleh mereka dan diperlakukan sebagai orang gaji di rumah selepas kematian ayahnya.

Kejam kan?

Memang kejam.

"Sure, mommy harus pergi ke sana. Mana tau boleh jumpa jodoh awal."

Blaze dan Ice berpandangan.

"Mommy nak kahwin baru? Tak payahlah, bukan ada orang nak pun kat mommy. Dahla hodoh, tak laku pula tu. Haihh, macam mana lah arwah daddy si ayah budak huduh tu boleh tersangkut kat mommy. Kan Blaze?"

"Betul tu."

Sya menjeling. Kepala kedua anaknya dilempangnya dengan panci.

"Dasar anak durhaka. Aku potong gaji korang nanti." ancam si mommy Sya.

"Ampun mommy, kami gurau aje."

Gempa hanya mampu mendengar perbualan tiga beranak itu.

"Majlis? Apakah aku boleh ikut serta?"

Seusai membasuh pinggan, Gempa memberanikan diri mendekati tiga beranak itu.

"Mommy tiri.."

Tiga beranak itu berpaling, wajah masing-masing menunjukkan rasa jengkel akan kedatangan Gempa.

Sya bangun dari duduk dan berdiri di hadapan Gempa. Dia berpeluk tubuh.

"Apa kau nak wahai anak tiri tersayang?" katanya angkuh.

"Tersayang? Pftt, ke yang terbodoh?" bisik si kembar itu. Mereka terkekek geli hati, entah apa yang lucu hanya Tuhan dan mommy tiri Sya yang tahu.

Gempa hanya tersenyum paksa, dia dengar akan bisikkan mereka berdua namun dia mampu memendam sahaja.

"Pasal majlis tu, apa Gem boleh ikut juga?" kata Gempa semangat. Dia tidak sabar untuk ke sana, sudah lama dia ingin ke sana. Sekadar ingin melihat suasana di istana.

Tiga tiri itu saling berpandangan, lalu tertawa sinis dengan permintaan Gempa itu.

Sya si mak tiri, memegang wajah Gempa. Dia senyum sinis.

Gempa meringis, kerana cengkaman si mak tirinya pada wajahnya amat kuat.

Blaze dan Ice hanya memerhatikan perbuatan jahat mommy pada saudara tiri mereka.

Mereka suka melihat Gempa terseksa seperti di buku-buku sebelum ini dan pengarah terkejamnya adalah Sya binti Mochi yang sekarang tengah naik dengan gelaran 'nenek muda' dan mungkin lepas ini menjadi 'mommy tiri terkejam' :v.

"Sakit mommy.."

"Sakit? Ololo kesiannya, nak ikut pergi istana ya? Tak boleh! Kau kena cuci tahi ayam si Blaze kat belakang rumah tu. Jangan harap kau nak berjumpa dengan anak raja. Muka macam kuih kokochi, ada hati nak jadi menantu diraja? Jangan nak perasan eh?"

"Entahnya, pigidah."

Sya mendorong Gempa sehingga lelaki mungil itu jatuh terduduk di atas lantai.

The Elementals Family S2 [SU]Where stories live. Discover now