Sorry.. (TTMxGempa)

835 71 13
                                    

Req from milk_tea04.

Enjoy your read! 💕
****

Sebagai ketua pelajar, Gempa harus menjadi tegas pada pelajar yang nakal bahkan menghukum mereka yang degil.

"Cuci dewan ni sehingga bersih! Dan jangan bergaduh!" ucap Gempa tegas, anak matanya dingin menatap ke arah ketiga pelajar yang suka membuat masalah di sekolah.

Siapa yang tidak kenal dengan Taufan, Blaze dan Thorn. Si pembuat onar. Suka kacau orang, bahkan dengan guru pun mereka bergurau seperti rakan mereka.

"Dear, jangan lah kejam sangat. Kami tak bersalah, diorang yang mula dulu kacau kami. So kami balas lah balik, kalau gurau elok tak apa. Ni tak, hina kami! Kami tak suka tau! Bahkan diorang....!"

Thorn yang terkenal dengan sifat polosnya, namun begitu jangan terpedaya dengan wajah polosnya kerana itu semua bohong belaka.

Dia mencampak batang mengemop, wajahnya menandakan yang dia sedang marah. Taufan dan Blaze terdiam dengan kemarahan Thorn yang jarang sekali mereka lihat itu.

Gempa hanya menatap datar ke arah Thorn.

"Dah, simpan baran kau tu. Buat kerja korang tu atau.."

"Kau tak nak tau sebab kami gaduh dengan mereka?" Kini Taufan buka suara, memotong perkataan Gempa.

Irisnya merenung tepat kedalam anak mata Gempa yang selalu mampu membuatnya tenggelam itu.

Gempa hela nafas. "Apa?"

"Diorang kata hal yang bukan-bukan pasal kau."

"Maksud kau?"

"Macam mana kami tak marah kalau mereka berkata lucah pada kau Gem. Kami.. Sebagai to be boyfriend kau mesti lah marah!"

Diam. "So? Korang nak jadi bf aku? Haha, jangan harap. Perangai pun dah macam budak dan bermasalah."

Blaze dan Taufan berdecih dengan respon Gempa itu, manakala Thorn sudah mengepalkan tangan.

"Kau tak marah diorang cakap buruk kat kau? Apa tadi? Kau kata kami budak dan bermasalah?"

Thorn melangkah mendekati Gempa lalu kolar baju seragam lelaki manis itu dicengkam. Wajahnya bengis sahaja.

Gempa menentang tatapan marah Thorn. Dia sama sekali tidak takut.

"Ya, sebab aku dah tau benda ni.. So kau tak perlu nak marah..."

"Gempa!!"

Terhinjut bahu Gempa dengan tengkingan itu, bahkan cengkaman Thorn pada kolar bajunya makin kemas.

Taufan dan Blaze segera mendekati mereka berdua.

"Sudah Thorn, tenanglah." Blaze mencuba untuk menjauhkan Thorn daripada terus menyudut Gempa namun dirinya ditolak oleh Thorn.

"Thorn..." panggilan lirih itu membuatkan pegangan Thorn pada kolar baju Gempa menjadi lemah, di tambah lagi aliran air yang jatuh pada pipi lelaki itu.

"Gempa.."

"Maaf hiks.."

Thorn melepaskan cengkamannya pada Gempa lalu tubuh itu di tarik masuk ke dalam pelukannya.

"Maafkan aku dear, sebab dah berkasar dengan kau. Aku buat macam tu sebab aku sayang kau Gem." Bisik Thorn.

Gempa membalas pelukan itu.

Taufan mengesat pipi Gempa dengan menggunakan ibu jarinya lalu dia turut memeluk mereka berdua dan tidak ketinggalan Blaze juga melakukan hal yang sama.

"Kau sebagai kekasih kami dan kami patut lindungi kau Gempa. Kami sayang kau Gem."
















-Done-

Maaf jikalau ia hampa, aku kehabisan ideaaa...

So, aku nak...

Open request! Sila request your ship!

Kbai!

The Elementals Family S2 [SU]Where stories live. Discover now