Cerita

21 4 3
                                    


Dari atas hingga hujung
Kita tuliskan perenggan bersama
Dari kecil hingga dewasa
Kita lakarkan gambar berdua.

Kau tuliskan baris kegemaranmu
Untuk dibaca masa sendu
Biarpun kita berada jauh berbatu
Akan aku baca selalu.

Lima baris yang kau coretkan
Enam deretan aku sambungkan
Masih banyak babak
Yang perlu kita sudahkan
"Perulangan Mimpi Sama" dan
"Surat Bawah Meja".

Sebelum sempat aku tamatkan
Kau padamkan baris kedua
Tinggalkan ruang kosong
Kau potongkan baris keempat
Biar yang mula jadi akhiran.

Buku itu aku tutup
Simpan saja di satu sudut
Dia bilang,
Kita tak perlukan penyudahan.
Dia takut,
Kerana luka itu amat menyakitkan...

7:50 pm
23 Feb 2021

____________________________

Ada satu lagu yang saya gemar dengan kesenangan liriknya.
"The Book of You and I" - Alec Benjamin
Sangat cantik dan bermakna tulisannya.
Silakan dengar! ️🙆🏻‍♂️

Hujung JariWhere stories live. Discover now