Santai

34 9 0
                                    

Hirupan segar akhirnya dihayat jua
Melalui lurah sejuk di papan dada
Dapat aku bayangkan ia berpusar di dalam kepala
Memindah yang baharu sebagai ganti bagi yang lama.

Kedua-dua tiang yang menampung jasad aku lunjurkan
Lengkung di badan aku tegakkan
Tanda puas aku pampang keselasaan
Yang kejang jadi yang tenang.

Santai
Biarlah aku berehat
Buanglah pekung aku tekad
Agar angin bersatu tak sesat
Untuk diri punya maslahat.

Santai
Jangan nasihat kalau masih tersekat
Takut dibalik karma menjerat
Aku juga bukan yang hebat
Sekadar bermain dakwat di darat.

Sudahlah,
Sudahlah bermain dan berulang,
Ayuh rehat dan santai-santai sahaja.

:) 






Hujung JariWhere stories live. Discover now