Terbang

7 2 0
                                    

Matanya bersinar dengan kilauan
Semua yang lain kagum dengannya
Mereka langsung bersorak ke atasnya

Tetapi tafsir mereka salah semua
Hanya yang terentu tahu akan maksud tersiratnya
Kontras dengan isi dalamnya

Genggam tangannya
Dia tahu kau terlalu takut
Akan ditunggu di muka pintu
Biarpun berminggu sudah berlalu
Kaki masih kaku di situ

Aku tahu dan aku tahu
Jika itu yang kau mahu
Luahkan semua isi hati mu
Yang selama ini
Kau sembunyikan dalam lagu

Terbanglah...
Aku ukur setiap detik dan waktu
Bacakan cerita dalam buku
Nyanyikan isi dalam lagu
Akan aku tunggu
Bila reda datang pada mu.

Hujung JariWhere stories live. Discover now