Penat

58 17 0
                                    


Penat
Aku penat

Masihkah kau
Mahu berpura-pura
Walhal
Kebenaran
Sudah terhampar
Di depan mata

Penat
Aku sudah penat

Masihkah kau
Mendengar
Apa yang aku bicarakan
Jika tiada satu pun
Nasihat
Yang kau laksanakan

Ya,

Aku penat
Terlalu penat

Masihkah kuat
Untuk aku
Mengulangi kata-kata
Jika itu sekadar
Laluan halus
Di telinga mu
Yang akhirnya
Akan berlalu begitu saja

Seperti angin
Yang membawa zarah-zarah habuk
Ia terkena pada kulit wajah mu
Tapi tidak terasa akan naluri mu

Walau ia berkali-kali
Menampar deras lapisan epidermis mu
Kau masih seperti
Yang buta
Yang pekak
Dan
Yang bisu
Hanya menganggap itu hanya
Sekadar buihan ringan saja
Tidak penting untuk kau bawa
Dan tanam bersama di kubur mu.

~

Ya Tuhan,

Jika itu yang terbaik
Tolong dekatkan dan kuatkan
Hatiku

Namun,

Jika itu yang terburuk
Jauhilah diriku
Supaya
Tidak terkena
Tempiasnya.






Hujung JariWhere stories live. Discover now