Syukur

30 10 2
                                    

Dia lukiskan senyum
Di saat dia peroleh perca buruk
Dia kucup sungguh-sungguh
Bagaikan perca itu sebuah permata
Sungguh, dia gembira
Lalu menitis air mata.

Dia ukirkan senyum
Di saat dia peroleh batu dan kayu
Dia tunduk sungguh-sungguh
Bagaikan batu dan kayu itu sepasang berlian biru
Sungguh, dia teruja
Lalu menitis air mata.

Dia tidak kisah,
Jika apa pun dia terima
Sungguh, dia melutut bersyukur

Dia tidak kisah
Lalu berbisik pada nafsu hati
Bersabar dan bersyukurlah
Atas apa yang kau miliki
Kerana setiap semua itu berharga bagi dirinya
Sungguhpun tidak bagi orang lain.

Itulah kisah bagi dirinya.
Bagai langit dan bumi jika ingin dibanding dengan aku,
Aku yang masih berdiri kuat di sini pun,
Sudah dapat syurga dunia sekalipun,
Masih mahukan yang lain juga.


Kerana itulah nafsu manusia.
Sudah ada yang baik,
Mahu yang lagi baik.

Adakah tunjang kesyukuran itu pernah kau tanam dalam hati sendiri ?

Hujung JariWhere stories live. Discover now