Akal

38 14 2
                                    


Aku mendengar butir bicaranya
Persoalan rumit itu terus aku tafsirkan.

Aku bertanya pada akal
Jika dia mengerti apa yang diutarakan
Ya, dia mengerti tanda soal itu
Dan dia tidak bersetuju.

Aku bertanya pula pada hati
Jika dia turut mengerti
Tidak, dia tidak begitu mengerti tentangnya
Namun dia bersetuju.

Lalu yang manakah harus aku pilih?
Apa aku harus mengikut kata hati,
Atau kata akal?

Akal itu bisa berfikir dengan benar,
Tapi harus aku menjaga perasaan hati.

Lalu aku mengikut kata hati,
Dan kemudian harinya,
Barulah mulut berkata kesal,
Seharusnya biarkan sahaja hati tersakiti,
Yang penting fikirlah di jalan yang benar.

;')



Hujung JariHikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin