Hari

38 15 2
                                    


Hari ini
Dia datang menjunjung dulang
Berisi permata juga emas
Disembahkan di depan mata
Seluruh makhluk di atas tanah
Lalu dia mendongak;
Bongkak dan sombong
Itulah permainannya.

Hari esok
Dia meratap menangisi
Kaya dan hartanya
Sudah lenyap ditelan bumi
Hanya sisa sahaja yang berterabur
Lalu dia tunduk;
Sedih dan kesal
Itulah keinsafan.

Hari lusanya
Dia bangkit lagi
Gagah mendabik dada
Dipamerkan lagi hartanya
Yang bertimbun di atas kapal
Lalu dia dongak setinggi-tingginya;
Berkuasa dan hebat
Itulah kejahilannya.

Dan begitulah
Hari-harinya diulang
Tanpa berhenti
Dan tanpa bersujud
Kepada Yang Benar
Juga Yang Esa.



Happy holiday everyone
:)

Hujung JariOnde histórias criam vida. Descubra agora