HCE 23

4.6K 389 79
                                    

Aryanna masuk ke dalam rumahnya. Suasana seperti biasa, suram dan gelap gelita. Dia datang ke sini untuk ambil contact lens. Eventhough mama and Aryan dah tau pasal matanya. Tapi dia rasa tak complete. Jadi dia nak bawa lens itu ke rumah. Lagipun mama kata esok dia boleh pergi ke sekolah! Yeay! Takpelah even hari Jumaat last day baru nak
tunjuk muka.. dah 4 hari aku tk pergi sekolah.

Aryanna menekan suis lampu. Dibukak tutup kemudian diulang banyak kali.

"Aihhh... putus elektrik ke? Tak hujan pun tadi."

Aryanna pergi ke dapur untuk mengambil mancis. Samsung Y kesayangannya ketinggalan 😌 mana ada flashlight.

Gadis itu masuk ke dapur, kemudian laci dibuka. Sedang dia meraba dalam laci itu mencari mancis dengan bantuan cahaya bulan dari tingkap, hidungnya tiba tiba terbau sesuatu yang aneh.

"Ni bauu.."

Dia mencium lagi bauu itu. Masih sedang memproses.

Laju kepalanya menjenguk keluar apabila dia tiba tiba ternampak sesuatu seperti sedang berlari kemudian bayangan itu mencampakkan satu cahaya seperti ..

Api..

Serentak dengan itu terbeliak mata Aryanna "Minyak tanah!"

Dengan cepat api yang sekecil bunga api itu terus membesar.. Bahagian dapur sudah mula di sapu dengan api.
Aryanna tidak fikir lain. Dia segera masuk ke dalam biliknya mengambil benda benda yang penting. Segera dia bawa keluar pagar rumahnya.

Kemudian masuk kembali mengambil barang yang penting. Api yang membara sudah mula membakar biliknya. Terbatuk batuk Aryanna menelan asap hitam yang memenuhi ruang.

Segala buku dan keperluan lain diambil. Tenaganya hampir tinggal minima. Dia cuba kuatkan semangat. Dia membaling buku keluar pagar dan lari sekali lagi.

Kini pandangannya semakin kabur. Mata dia pedih. Nafasnya sudah tidak teratur.

Dia jatuh tersungkur di hadapan pintu rumahnya.

Semuanya gelap gelita. Gadis itu hanya mampu berserah.

Aryan pov's

"Aduh asal gelap sangat ni. Takde lampu langsung jalan ni."

Aryan meneruskan perjalanan. Dia bukan penakut. Masalahnya jalan pun macam... tak apalah. Kang mulut celupar dekat sini lain yang jadi.

Aryan teruskan perjalanan sehinggalah dadanya tiba tiba berdetak laju melihat api yang besar membara di kawasan tempat tinggal Aryanna.
Laju dia menekan minyak kereta. Dia panik. Bukan apaa ... tapi bila difikir semulaa.. hanya ada rumah Aryanna di situ.

Sampai sahaja dia di tempat kejadian, dia nampak barang barang Aryanna berada di luar.
"Mana Aryanna?!"

Di sebalik apa yang membara itu. Dia nampak sekujur tubuh terbaring di hadapan pintu. Hampir sahaja kawasan itu dibakar. Aryan tanpa melengahkan masa dia segera rempuh pagar dan mengendong Aryanna. Badan gadis itu sudah lemah tak bermaya.

Dia bernasib baik kerana datang awal beberapa minit. Sebab..

Kalau dia lambat tadi.. dia tidak tau apa akan jadi dengan gadis ini.

Dia letakkan Aryanna di atas jalan tar. Telefon dikeluarkan segera menelefon pasukan penyelamat. Barang Aryanna di tinggalkan. Dia bawa Aryanna dan segera memecut pergi ke hospital bedekatan.

-------

Suasana kelam kabut di bilik kecemasan. Mereka memberi alat pernafasan kepada Aryanna. Keadaan gadis itu yang menyedut banyak gas karbon dioksida sangat membahayakan. Dengan bahagian badannya yang terkena percikan api.

Her Colourful EyesWhere stories live. Discover now