HCE 17

4.4K 382 27
                                    

Selimut dilucutkan sehingga jatuh di atas lantai. Aryanna bangun dari sofa tempat semalam Aryan menonton tv. Ya dia terpaksa tidur dekat sini sebab mama cakap bilik ada tapi penuh dengan barang plus katil pun tk ada. Bilik Mak leha pula katil size king. Tak muat untuk mereka berdua tidur sekali jadi Aryanna terpaksa tidur dibilik Aryan.

Mula mula mama suruh Aryanna tidur di atas katil. Tapi faham faham jelah. Ada sorang anak lelaki yang gedik. Habis dia melenting sebab dia kena tidur atas sofa.

Aryanna pula segan.. takkan aku nak tidur atas katil dia pulak kan? Jadi Aryanna mengalah tanpa banyak mulut.

   Aryanna menyeluk tagannya di poket beg nya untuk mengambil telefon kesayangannya.

Walaupun telefonnya digelar 'purba' oleh mamat ni. Tapi dia tak kisah sebab itu benda yang dia beli dengan usaha dia sendiri.

7.00 pagi.

Aryanna masuk ke dalam bilik air dan mandi dahulu. Kemudian dia turun ke bawah. Dia tak nampak kelibat mak Leha tapi barang masakan sudah disiapkan. Jadi Aryanna mengambil keputusan untuk masak pagi ini.

      Bunyi bising di dapur mengalihkan perhatian Mak Leha yang sedang menjemur pakaian.
Wanita itu mengintai. Tersenyum dia nampak gadis itu sedang tekun memasak.

"Aryannaa.. awalnya bangun. Takpelah mari mak Leha sambung."

"Eh tak apa mak Leha Aryanna tengah tak buat apa lagipun dah biasa dah bangun awal pagi dekat rumah." Aryanna kembali fokus pada masakannya. Alah biasa biasa je. Mee goreng basah dan dia turut membuat teh tarik.

Sedang Aryanna menyiapkan meja satu suara menegurnya.

"Selamat pagi.."

Aryanna menoleh ke belakang. Rayyan abang Aryan yang menegurnya tadi.

"Morning too. Awalnya bangun?"

Rayyan duduk di salah satu kerusi dan meletakkan mee di pinggannya. "Tulah patut hari Sabtu ni boleh lah membuta sampai tengahari. Tapi ada meeting last minit pulak."

Aryanna tersenyum kecil mendengar keluhan dari Rayyan. Uncle Azhar juga turun dan mengambil tempat yang lain turut memenuhi ruang makan.

"Ayyen lepasni teman mama pergi shopping okey?" Kerdipan mata sengaja di buat buat sambil tersenyum lebar.

Otak Aryan seakan tidak berfungsi matanya tidak memandang mata mamanya malah dia termenung melihat apa sahaja di hadapan nya dan semua pergerakannya terhenti.

Abang nya Rayyan awal awal lagi dah menggelakkan adiknya itu.

Mereka sekeluarga sangatlah kenal dengan perangai ratu mereka itu. Memanglah mama jarang shopping tapi sekali dia jejak mall. 10 tangan pun tk cukup nak pegang barang dia. Kalau boleh semua benda yang ada dekat mall tu dia nak beli.

"Tapi maa.. Ayyen nak kena siapkan kerja sains." Alasan 1.

"Itu nanti pun boleh kan?"

"Taapi si Aryanna ni? Ha? Macam mana nak buat kalau dia takde?"

"Lah Aryanna stay je lah. Ikut mama sekali. Teringin nk shopping dengan anak perempuan."

"Tapi maa... Ha! Dia ada kerja part time tengahari ni. Dia kena blik."

"Ayyen... mama dah tnya Aryanna dia kata boss dh gantikan shift dia dengan orang lain. Betul tak?" Mama memandang wajah Aryanna.

Mata gadis itu bergilir gilir memandang Mama dan Aryan. Setiap kali dia memandnag ke arah Aryan mesti dia nampak lelaki itu membuat gelengan kecil sambil matanya di tajamkan.

Her Colourful EyesNơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ