HCE 7

5K 437 23
                                    

     Aryanna mula mengemaskan barang apabila bunyi loceng sudah berdering menandakan waktu persekolahan sudah tamat.

Memang jadi kebiasaan buat Aryanna menjadi orang terakhir keluar dari kelas. Nak balik awal pun, harini dia tak bekerja. Bosan lah pula duduk di rumah.

       Dia memikul beg warna hitam miliknya di sebelah bahu kiri. Perlahan lahan dia keluar menuju ke pagar utama.

  Sambil berjalan matanya melilau di sekeliling bangunan. Besar sangat!
    Sampai kadang kadang dia rasa yang dirinya teramat lah tak layak untuk bersekolah di sini. Tengoklah, di senarai nama sekolah ni hampir semuanya bermula dengan 'Tengku'.

     Sampai nama aku? Aryanna Raisya.

Selama aku sekolah dekat sini...

Eceyh ayat! Macam dah 2 tahun sekolah dekat sini. Padahal baru 2 hari.

        Tapi itulah... dalam masa 2 hari ni pun dah macam macam malapetaka yang aku kena hadap. Lagi lagi dengan masalah penyakit yang aku jumpa dekat sekolah anak orang kaya ni.

Nak tau penyakit apa? 'Penyakit Sombonglisme' sesuai tak dengan diorang?

Boleh lah tu kan?

Sampai sahaja di pagar utama aku dah boleh nampak ada 3 ekor monyet dekat tempat parking motor.

   "Ha sudah macam mana pula aku nak keluar ni. Mak cik guard ni pun satu tak boleh ke bukak pagar yang besar ni? Tak perlulah aku kena keluar ikut pagar kecil laluan motor dengan pelajar ni." Bebel Aryanna seorang diri.

      Dengan bacaan bismillah. Aryanna mula membesar kan langkah agar tidak tersangkut di tengah jalan nanti.

Sedang dia berjalan tiba tiba  bunyi deruman motor yang kuat datang menghampirinya.

      Aryanna tidak menghiraukan malah dia berjalan dengan lebih pantas ke laluan pejalan kaki. Motor tak boleh lalu kan? So dia gunakan lah laluan untuk pejalan kaki.

Dia melihat sekeliling untuk memastikan tiada sesiapa yang mengekorinya sebelum dia duduk di tempat duduk yang ada.
    Aryanna mengeluh seketika. 'Bilalah aku boleh dapat kereta sendiri?' Dia bermonolog sendirian.

Letih dibuatnya hari hari dia perlu berjalan kaki ke sekolah. Dari darjah 1 sampai lah sekarang.
Tapi dia sedar, dia tak mampu untuk memilik semua itu.

      Rumah yang dia duduk tu pun pemberian kementerian pendidikan Malaysia. Walaupun begitu, dia tidak pernah lupa untuk bersyukur kerana tuhan memberikan dia kelebihan dan kelebihan tersebutlah yang membuat kan dirinya mendapat rumah daripada kementerian dan biasiswa sepanjang dia menuntut ilmu.

         "Kau buat apa dekat sini sorang sorang?" Tegur seseorang di kananku.

Ouh, dia tak bersendirian dia bawak lagi 2 ekor monyet dekat belakang tu.

     Aryanna hanya mengabaikan.

Lelaki yang dianggap sebagai tunggul itu sudah menggenggam penumbuk.

Dia paling pantang kalau ada orang yang tidak menghiraukan dia. Ia sama seperti perbuatan kedua orang tuanya terhadap dirinya.
Dia cukup benci!

Her Colourful EyesWhere stories live. Discover now