HCE 28

3.3K 404 79
                                    

Suasana di dalam bilik pengetua sunyi. Semua menundukkan pandangan apabila satu demi satu ditenung oleh Pengetua.

"Explain dekat saya apa yang terjadi dalam tandas." Kata pengetua mereka Puan Hajah Shahirah.

Aryanna hendak berkata namun dihalang apabila Tengku Amylia menyampuk.

"Puan, perempuan ni, dia pergi cekik saya, tengok ni kesan dekat leher saya. Bukan tu je, dia siap tarik rambut kawan kawan saya." Kata Amylia cuba membuatkan dirinya dan kedua kawannya sebagai mangsa. Kedua kawannya mengangguk dengan menayangkan wajah polos.

Aryanna di sebelah hanya menayangkan wajah geli dan menyampah. Nak play victim konon.

"Aryanna kenapa kamu basah kuyup?" soal pengetua kepadanya.

Gadis itu memandang 3 orang yang ada disebelahnya kemudian menajawab. "Diorang simbah saya."

Puan Hajah Shahirah menongkat dagunya kemudian menatap mereka dengan tajam. Pening kepala dengan sikap pelajar di sekolahnya ini. Masing masing dah nak habis sekolah, tapi perangai mengalahkan budak tadika.

Dia masih mempunyai banyak kerja, matanya melirik ke arah pintu. Ada cikgu PJK yang menemukan mereka berempat bergaduh di tandas.

"Puan Eisyah?"

Cikgu PJK tersebut menyahut.

"Kamu uruskan la mereka, saya ada meeting lagi lepasni. Buatla apa yang patut."

Selepas sahaja kata kata itu keluar, mereka semua mula berundur.

"Sekejap!" Amylia menahan semua keluar dari pintu.

"Ya, kenapa Tengku Amylia?"

Amylia tiba tiba menarik lengan Aryanna dengan kasar dan dibawa kehadapan Pengetua.

"Kau dah kenapa lepaslah!" Aryanna menghempaskan lengannya supaya bebas dari genggaman minah gila ini.

Puan Hajah Shahirah hanya melihat. Masih menunggu apa yang ingin katakan.

"Puan! Aryanna ni, dia pakai lens pergi sekolah!" Kata Amylia dengan jari telunjuknya menghadap ke mata Aryanna.

Aryanna di sebelah walaupun wajahnya maintain tetapi dalam dirinya rasa gelisah seketika walaupun dia tau pengetua sudah memahami situasinya, tetapi selain pengetua dan Aryan tiada siapa pun tau.

Pengetua melihat wajah Aryanna kemudian berkata. "Saya pasti dia ada sebab dia tersendiri."

Amylia membuat muka tidak percaya apabila pengetua tidak mengambil sebarang tindakan.

"Sebab tersendiri huh?" Kata Amylia seorang diri.

Gadis itu merengus dengan kasar kemudian keluar dari pejabat. Aryanna juga turut keluar apabila guru PJK tadi sudah memanggil. Sempat Pengetua memberi pesanan supaya dia berhati hati.

Mereka semua dibawa ke padang sekolah. Aryanna berjalan seorang diri di belakang manakala mereka bertiga berkepit dengan Cikgu Eisyah.

Setibanya mereka di sana, Puan Eisyah terus memberi arahan tapi...

"Aryanna, 10 laps! Go NOw!" Jeritnya tiba tiba dengan suara yang lantang.

Aryanna masih tidak bergerak dia mempersoalkan semula cikgu itu.

"Saya? seorang? Habis minah sotong 3 ekor ni buat apa?" Katanya dengan nada tidak puas hati.

"Siapa kamu nak panggil diorang sotong?!" marah Cikgu itu.

Aryanna tersenyum senget.

"Ohh, kalau macam tu siapa cikgu untuk bagi denda ni untuk saya seorang? Padahal diorang ni yang start cari pasal dengan saya dulu?"

Her Colourful EyesWhere stories live. Discover now